• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Ranger WildTrak, Raptor Dapat Rebat Tunai Hingga RM6k!

Ford Ranger WildTrak, Raptor Dapat Rebat Tunai Hingga RM6k!

February 9, 2021 By Azhan O Leave a Comment

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WAKIL pengedar kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menawarkan penjimatan menarik untuk Ranger Raptor dan WildTrak terpilih* dengan rebat tunai hingga RM6,000, sementara stok masih ada.

Ranger WildTrak ialah trak pikap yang dikhaskan untuk mereka yang mahukan perincian dengan menawarkan pelbagai teknologi keselamatan pintar, seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Amaran Tukar Lorong (LDW), Parkir Paralel Semi-Automotik (SAPP), yang juga menjadi model trak pikap pertama dilengkapi ciri berkenaan.

Ranger Raptor dipadukan DNA Prestasi Ford yang bersedia menjadi penanda aras baharu dalam segmen trak pikap prestasi di Malaysia. Model ini dipasangkan sistem suspensi lumba Fox Racing Shox untuk daya redaman lebih tinggi bagi pemanduan off-road lebih baik.

Bagi menambah kehebatan off-road, Range Raptor dilengkapkan enam mod pemanduan pra-tetapan di bawah Sistem Pengurusan Rupa Bumi (TMS), dan salah satu ialah mod Baja, yang diilhamkan daripada kejuaraan raliu Baja Desert Rally (BDR) untuk prestasi off-road kelajuan tinggi dan ultra-responsif.

Maklumat terperinci boleh dibuat menerusi janji temu dengan wakil pengedar Ford sah atau kiriman mesej WhatsApp di talian +60 19-204 1200 untuk maklumat lanjut.

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Hanya untuk model Ford Ranger (2020) sahaja.

BACA >>> Ford Ranger Raptor (2020) Baharu dengan Ciri Dipertingkat, Harga Mula RM208k
BACA >>> 7 Fakta Pantas | Ford Ranger 2.2L Wildtrak, Varian Baharu di Pasaran, Harga RM127k

 

Artikel Berkaitan

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ford, Ford Ranger Raptor, Ford Ranger WildTrak, Roda4, SIME Darby Auto Connexion (SDAC), Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
  • Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
    Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my