Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ: Pemegang Lesen PSV, GDL yang Digantung Wajib Hadir Kursus Pemulihan November Ini
Auto Terkini

JPJ: Pemegang Lesen PSV, GDL yang Digantung Wajib Hadir Kursus Pemulihan November Ini

SyafieBy Syafie17/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lesen memandu vokasional GDL, PSV
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan kursus pemulihan wajib kepada pemegang Lesen Vokasional PSV dan GDL yang digantung akibat kesalahan jalan raya bermula November 2025 sebagai sebahagian projek rintis keselamatan jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kursus ini adalah syarat mandatori sebelum lesen pemanduan dipertimbang untuk dikembalikan kepada pemiliknya.

Latihan Pemulihan Sebelum Lesen Diperbaharui

Pemegang lesen digantung wajib hadir kursus pemulihan terlebih dahulu sebelum lesen diberikan semula.

Inisiatif itu sedang diperincikan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan akan bermula dalam bentuk projek rintis sebelum diperluas kepada semua kategori lesen vokasional.

PSV dan GDL Jadi Fokus Utama Fasa Pertama

Contoh lesen PSV, GDL

Sebagai permulaan, program itu melibatkan:

  • Lesen PSV: Pemandu bas ekspres, teksi, e-hailing dan pelancongan
  • Lesen GDL: Pemandu lori, trak barangan dan logistik

Kursus merangkumi topik seperti:

  • Peraturan jalan raya terkini
  • Tingkah laku profesional pemandu
  • Implikasi undang-undang dan keselamatan
  • Simulasi risiko dan pemanduan defensif

Langkah Tegas: Lesen Vokasional Digantung Jika Terlibat Kemalangan Serius

JPJ turut mengesahkan lesen vokasional akan digantung jika pemandu terlibat kemalangan serius, mengikut penilaian kes demi kes.

Ia bukan penggantungan serta-merta. Notis tunjuk sebab akan dikeluarkan dan pemandu akan dinilai sebelum tindakan lanjut diambil.”

Setakat ini, lima pemandu sudah dikenakan penggantungan lesen PSV, tetapi tempoh penggantungan adalah sementara dan tertakluk peraturan sedia ada. Bagaimanapun, penggantungan tersebut tidak melibatkan lesen motosikal atau kereta persendirian.

Kursus Pemulihan Diperluaskan Pada Masa Akan Datang

JPJ menjangka kursus itu akan diperluaskan kepada pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk memastikan kesedaran keselamatan jalan raya dipertingkat secara menyeluruh, bukan hanya dalam sektor vokasional.

Kita mahu lahirkan pemandu beretika, profesional dan sentiasa sedar tanggungjawab mereka di jalan raya, bukan sekadar memiliki lesen.”

Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama

Langkah proaktif JPJ itu menunjukkan keseriusan pihak berkuasa dalam menangani isu kemalangan melibatkan pemandu profesional.

Dengan pelaksanaan kursus pemulihan berkenaan, diharap dapat meningkatkan disiplin jalan raya dan menurunkan kadar kemalangan di Malaysia.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Pengangkutan (MOT) kursus pemulihan wajib Lesen Kenderaan Barangan (GDL) Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) lesen memandu Malaysia (LMM)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    MOT: Kenderaan De-Controlled, Pikap Bawa Barang Kini Ada Garis Panduan Baharu

    16/03/2026
    Auto Terkini

    24,135 Kes Langgar Had Laju Direkod Kamera AwAS di Kelantan

    16/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Kenderaan Kini Di Jalan Raya

    16/03/2026
    Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
    Auto Terkini

    Lebih 15j Kenderaan Gagal Perbaharui Cukai Jalan Lebih Lima Tahun, Majoriti Motosikal

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.