Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Wanita Tak Perlu Lagi Risau, Bengkel G-Car Ada Khas Untuk Anda!
Auto Terkini

Pemandu Wanita Tak Perlu Lagi Risau, Bengkel G-Car Ada Khas Untuk Anda!

Han OthmanBy Han Othman23/05/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

bengkel G-Car
MENCARI bengkel kereta yang bagus memang sentiasa jadi dilema buat pemandu baharu, terutama kaum wanita. Sudahnya, terpaksa mengharapkan khidmat pusat servis yang pastinya menawarkan harga lebih premium dan perlu pula membuat janji temu. Silap haribulan kena ambil cuti kerana cuma hari itu saja ada kekosongan.

Mahu selamba pergi bengkel luar, takut pula ditipu. Sepatutnya cuma servis dalam RM150 untuk kos tukar minyak pelincir dan penapis minyak, termasuk upah, sekarang sudah kena ‘tapau’ sampai RM500. Kata si mekanik, itu rosak, ini rosak. Itu kena tukar, ini kena tukar.

Dilema sungguh. Tambahan lagi untuk pemandu wanita sampai terpaksa minta bantuan (baca: menyusahkan) saudara atau kawan lelaki.

Tetapi sekarang jangan risau kerana bengkel G-Car Auto Garage sedia membantu anda. Apa yang istimewa, bengkel ini dikendalikan ketua mekanik wanita. Malah, antara tujuan bengkel ini dibuka adalah untuk memudahkan pemandu wanita ke bengkel yang sebelum ini bimbang ‘ditipu’ sesetengah mekanik tidak jujur.

Bercerita mengenai pengalaman sendiri, Ketua Mekanik G-Car Auto Garage, Sazaimah Sai’on mengakui dia dulu juga pernah ditipu bengkel tidak bertanggungjawab.

“Boleh dikatakan rata-rata pemandu wanita kurang tahu mengenai asas penyenggaraan dan komponen basis kenderaan. Sesetengah pemandu menganggap mereka ‘ditipu’ walaupun sebenarnya tidak kerana tidak diberikan penjelasan sempurna daripada pihak bengkel sendiri.

“Jadi, G-Car Auto Garage cuba mengatasi semua permasalah tersebut. Pemandu wanita tidak perlu lagi risau ‘ditipu’. Dan setiap baik pulih dilakukan akan diberikan penjelasan secukupnya supaya pelanggan faham apa yang berlaku.

TERBUKA KEPADA SEMUA PEMILIK KERETA

Wanita Urus Bengkel
G-Car Auto Garage
G-Car Auto Garage

G-Car Auto Garage terbuka kepada semua pelanggan tanpa mengira jenama ataupun model kereta. Selain servis, khidmat baik pulih kenderaan turut disediakan.

Buat masa ini pelanggan yang datang ditawarkan promosi servis pada harga serendah RM198 buat pelanggan yang baru kali pertama ke bengkel ini, terdiri daripada caj minyak enjin sintetik penuh, penapis minyak dan upah buruh, termasuk pemeriksaan percuma.

Tawaran paling istimewa ialah perkhidmatan percuma ambil dan hantar kereta pelanggan yang tinggal dalam radius 15km dari bengkel yang terletak di:

  • No.1, Jalan Para U8/103, Metropolitan Business Park, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

Malah, G-Car Auto Garage turut menawarkan servis minor di rumah. Memang spesial habis! Sebarang maklumat lanjut mengenai bengkel ini boleh hubungi butiran di bawah:

  • Tel: 03-7859 0959
  • E-mel: gcarmanufacturer@gmail.com
  • Laman Web: GCARManufacturer.com.my

Bukan itu saja, G-Car Auto Garage kini turut sedang menjalankan servis promosi bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Ia meliputi;

  • Servis kenderaan pada harga serendah RM198 sahaja, membabitkan kos menukar minyak enjin sintetik penuh dan penapis minyak, termasuk upah.
  • Cuci kereta secara percuma
  • Percuma pemeriksaan keselamatan 15-poin
  • Hadiah cabutan bertuah berupakan servis secara percuma bernilai RM250

Ingat, tawaran ini hanya sah sehingga 30 Jun 2018 sahaja. Pastikan kenderaan anda sudah diselenggara sebelum memulakan perjalanan.

GALERI
Wanita Urus Bengkel
G-Car Auto Garage
G-Car Auto Garage
G-Car Auto Garage
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
Wanita Urus Bengkel
G-Car Auto Garage
G-Car Auto Garage
towing-car-pandulajudotcomdotmy
bengkel perempuan G-Car G-Car Auto Garage Sazaimah Sai'on servis kereta takut kena tipu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

29/05/2026
Auto Terkini

BYD Dolphin Cargo e-Van Di UK, EV Kompak Jadi Kenderaan Komersial!

29/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

By Syafie22/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Auto Terkini

Cik B Terima Lamborghini Urus RM2 Juta Sempena Hari Jadi ke-21

By Syafie25/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.