Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MELAMPAU!!! Pemandu Singapura Tutup Sebahagian Nombor Pendaftaran untuk Isi RON95
Auto Terkini

MELAMPAU!!! Pemandu Singapura Tutup Sebahagian Nombor Pendaftaran untuk Isi RON95

SyafieBy Syafie05/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemandu Singapura tutup nombor lat untuk isi RON95

TINDAKAN pemilik kenderaan berdaftar Singapura menutup sebahagian nombor pendaftaran bagi mengisi petrol RON95 bersubsidi mencetuskan kebimbangan serius terhadap ketirisan subsidi dan eksploitasi hak rakyat Malaysia.

Tindakan sedemikian bukan sekadar pelanggaran undang-undang trafik, tetapi mendedahkan taktik baharu yang semakin berani dan licik bagi mengaburi penguatkuasaan di lapangan.

Subsidi Disasar untuk Rakyat, Bukan Pihak Tidak Layak

Subsidi petrol RON95 – BUDI95, diwujudkan khas untuk meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia. Namun, apabila disalahgunakan pihak tidak layak, implikasinya bukan kecil.

Antara kesan utama adalah kerugian kewangan kepada negara, selain risiko tekanan fiskal yang lebih besar kepada Kerajaan dalam jangka panjang.

Lebih membimbangkan, rakyat tempatan turut berdepan potensi gangguan bekalan dan kesan domino terhadap kestabilan harga bahan api.

@ohyekemy Kulai: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Johor sedang menyiasat insiden individu mengubah nombor pendaftaran kenderaan Singapura bagi mengisi RON95 di sebuah stesen minyak di daerah ini. Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya sudah menerima laporan dan pasukan siasatan sudah digerakkan untuk tujuan pemeriksaan. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ ♬ Danger – SoundAudio

Taktik Baharu, Penguatkuasaan Lama

Kes tersebut turut mendedahkan kelemahan penguatkuasaan bersepadu, terutama peringkat pelaksanaan. Walaupun undang-undang sedia ada dilihat mencukupi, keberkesanan masih bergantung kepada kaedah penguatkuasaan yang relevan dengan cabaran semasa.

Antara penggunaan teknologi terkini patut dilaksana adalah seperti:

  • Sistem pengecaman nombor pendaftaran automatik (ANPR) di stesen minyak
  • Integrasi data kenderaan asing
  • Pemantauan masa nyata agensi berkaitan

Tanggungjawab Pengusaha Stesen Minyak Perlu Diperkemas

Kerajaan juga perlu memperketat tanggungjawab pengusaha stesen minyak, bukan sekadar bergantung kepada tindakan selepas isu menjadi tular.

Langkah patutu dilakukan adalah:

  • Latihan kesedaran berkala
  • Hukuman lebih tegas terhadap ketidakpatuhan
  • Audit pematuhan secara konsisten

Ini wajar dilaksana bagi memastikan subsidi tidak tiris di peringkat pelaksanaan.

Kesedaran Awam Bukan Sekadar Rakaman Tular

Kempen kesedaran awam juga perlu diperkukuh supaya masyarakat memahami penyelewengan subsidi bukan isu remeh, sebaliknya menjejaskan kepentingan bersama.

Kebergantungan kepada rakaman orang awam dan tular di media sosial semata-mata bukan penyelesaian jangka panjang, tetapi mencerminkan kegagalan sistematik jika tiada tindakan susulan tegas.

Ketegasan, Teknologi Kunci Lindungi Hak Rakyat

Jika taktik seperti itu tidak dibendung secara menyeluruh dan sistematik, ia berisiko menjadi norma baharu yang akhirnya meragut hak rakyat Malaysia sendiri.

Ketegasan penguatkuasaan, penggunaan teknologi moden dan kerjasama rentas agensi perlu menjadi teras utama bagi memastikan subsidi benar-benar sampai kepada golongan berhak, bukan terus bocor kepada pihak yang mengambil kesempatan.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini bahan api RON95 Nombor Pendaftaran Asing Singapura
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Diskaun 30 Peratus Tambang ETS Balik Kampung Sambut Ramadan

22/02/2026
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
MotoGP

#MotoGP2026: 20,000 Peminat Gegar Ibu Kota Sempena Pelancaran Musim 2026

21/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.