Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Mabuk Boleh Kena Penjara 15 Tahun, Denda RM100k, Gantung Lesen 20 Tahun!
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Boleh Kena Penjara 15 Tahun, Denda RM100k, Gantung Lesen 20 Tahun!

Han OthmanBy Han Othman15/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PEMANDU yang memandu di bawah pengaruh alkohol (minum arak) atau dadah bakal berdepan hukuman lebih berat selepas Kerajaan bercadang mengusulkan pindaan undang-undang baharu dalam Akta Pengangkutan Jalan pada 17 Julai ini.

Ini termasuk mengurangkan had kandungan alkohol dalam darah, air kencing dan nafas sedia ada supaya selaras piawaian Pertubuhan Kesihatan Seduani (WHO). Had baharu yang akan dicadangkan ialah:

  • 22μm (35μm) alkohol dalam 100ml nafas
  • 50mg (80mg) alkohol dalam 100ml darah
  • 67mg (107mg) alkohol dalam 100ml air kencing

* μm – mikrogram, mg – miligram; angka dalam kurungan adalah had kandungan alkohol sedia ada di Malaysia.

BACA >>> Pemandu Mabuk Parah Rempuh Pagar Masjid di Pulau Pinang

HUKUMAN LEBIH KERAS

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pindaan Seksyen 41 hingga 45 di bawah Akta Pengangkutan Jalan itu kelak akan menyaksikan hukuman lebih keras terhadap pemandu mabuk. Di bawah seksyen sedia ada, pesalah hanya dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000, manakala lesen memandu digantung 10 tahun.

Selepas pindaan dibuat, pemandu mabuk yang menyebabkan kematian bakal berdepan hukuman:

  • Penjara maksimum 15 tahun untuk kesalahan pertama, dan 20 tahun untuk kesalahan berikutnya.
  • Denda maksimum RM100,000 untuk kesalahan pertama dan RM150,000 untuk kesalahan berikutnya.
  • Lesen memandu digantung 20 tahun.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) mengenai rancangan Kerajaan untuk meminda akta sedia ada mengenai isu pemandu yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Ka Siong berkata, kementerian juga sudah melaksanakan soal selidik dalam talian bermula 21 Mei hingga 4 Jun lalu mengenai isu tersebut, melibatkan 345,021 responden. Menurutnya hampir 97 peratus responden memberikan maklum balas positif dan bersetuju hukuman sedia ada tidak memadai.

Sebagai contoh, seramai 324,489 iaitu 94 peratus responden bersetuju kadar hukuman penjara, denda dan tempoh hilang kelayakan lesen memandu ditingkatkan ke atas pemandu yang disabitkan kesalahan memandu (bawah pengaruh alkohol),” katanya.

BACA >>> Atuk 71 Tahun Kena Tahan Polis Sebab Memandu Mabuk

TIADA HUKUMAN MATI

Pada masa sama, Wee berkata Kerajaan tidak boleh memperkenalkan hukuman mati terhadap pemandu mabuk seperti yang dicadangkan segelintir pihak.

Sekiranya Kanun Keseksaan digunakan untuk menjatuhkan hukuman mati ke atas pemandu mabuk, maka perlu dibuktikan bahawa individu itu mempunyai niat untuk membunuh melampaui keraguan munasabah, jelasnya.

“Memang kita geram, tetapi kita tidak boleh ambil tindakan secara melulu supaya pemandu mabuk ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya.

BACA >>> Pelajar IPTS Mabuk Rempuh Pekerja Kurier Sampai Mati

SUMBER: Bernama

Akta Pengangkutan Jalan Auto Terkini Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pemandu mabuk Pindaan Undang-Undang Memandu Mabuk
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.