• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Atuk 71 Tahun Kena Tahan Polis Sebab Memandu Mabuk

Atuk 71 Tahun Kena Tahan Polis Sebab Memandu Mabuk

June 7, 2020 By AO Leave a Comment

363
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS menahan seorang warga emas berusia 71 tahun selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian 11.05 malam di Jalan Kampung Baru Sirusa itu, lelaki tersebut memandu kenderaan jenis Mercedes diarahkan polis supaya berhenti bagi tujuan pemeriksaan.

"Setelah diarahkan berhenti, pemeriksaan yang dijalankan tidak menemukan sebarang barang salah. Seterusnya, pemandu diarahkan menjalani ujian saringan penafasan bagi mengesan alkohol dan didapati bacaan ialah 236mg alkohol dalam 100ml darah.

"Pemandu itu kemudian dibawa ke pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk menjalani sekali lagi ujian saringan penafasan menggunakan alat EBA-11 dan bacaan menunjukkan paras alkohol dalam darah ialah 211mg alkohol dalam 100 ml darah, melebihi had ditetapkan iaitu 80mg alkohol dalam 100ml darah,” katanya.

Aidi Sham berkata, pemandu itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis berikutan faktor umur dan kes disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: Bernama

363
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aidi Sham Mohamed, Auto Terkini, Memandu Di Bawah Pengaruh Alkohol, Minum Arak, Op Mabuk Port Dickson, pemandu mabuk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my