• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Sebab Berlumba, Pemandu Kongsi Cerita Honda Civic Type R Putus Dua

Bukan Sebab Berlumba, Pemandu Kongsi Cerita Honda Civic Type R Putus Dua

July 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

184
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RAMAI netizen mendakwa Honda Civic Type R biru yang terputus dua dalam satu kemalangan di Amerika Syarikat (AS) disebabkan pemandunya memandu laju atau berlumba haram. Dakwaan itu dapat dibaca dalam ruang komen perkongsian video kondisi Civic Type R di Facebook Vincent Nieto.

Bagi memperincikan situasi sebenar  yang berlaku, seorang lelaki, Kevin Acosta tampil membuat penjelasan. Dia sebenarnya ialah pemandu Civic Type R yang terbabit kemalangan itu.

“Aku keluar untuk cari makan dengan makwe dan ada atuk (pemandu Volvo) yang tidak sepatutnya memandu membuat keputusan untuk belok ke kiri.

“Masa tu, aku tengah bawa lurus ke depan atuk tu sampai aku (kereta Honda Civic) terkeluar dari jalan dan langgar tiang lampu.”

BACA >>> Honda Civic Type R Kena Langgar Volvo Sampai Putus Dua
BACA >>> UK Lancar Honda Civic Type R (2020) dengan 4 Varian Pilihan, Harga Mula RM179k!

Dia, yang  memandu kereta milik kekasihnya itu menjelaskan lagi;

“Kami kena langgar arah sisi (T-boned) dengan atuk belok ke timur di persimpangan Federal dan Jewell. Ketika itu, aku sedang bergerak ke Federal. (Impak) perlanggaran itu membuatkan kereta kami terkena tiang lampu dan terputus dua.

"Dia (pemandu Volvo) terselamat, kenderaannya mengalami kerosakan minimum dan saya cuba sedaya upaya untuk tidak mencederakan sesiapa atau benda tetapi semua berlaku dengan pantas. Saya syukur kerana masih bernyawa.”

Peta di atas menunjukkan arah perjalanan dan lokasi simpang kemalangan itu. Kedudukan Civic Type R dipandu Acosta ialah anak panah merah, manakala Volvo, anak panah hitam).

Segiempat merah dalam foto di atas ialah tiang lampu di depan sebuah restoran makanan segera yang dilanggar Civic Type R.

Sementara itu, seorang lelaki lain, Devon Archuleta memaklumkan, Civic Type R itu milik sepupunya dan menafikan tuduhan kereta itu sedang berlumba.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Lampu Signal Belok Tetiba Berkelip Laju?
BACA >>> Kajian: 80 Peratus Pemandu Wanita Berumur Tidak Beri Signal di Simpang

Honda Civic Type R Putus - 1
Honda Civic Type R Putus - 2
Honda Civic Type R Putus - 3
Honda Civic Type R Putus - 4
Honda Civic Type R Putus - 5

SUMBER: Tiremeetsroad | Facebook

Related

184
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Berita Antarabangsa, berita global, Civic Biru Type R dan Volvo, Honda Civic Putus Dua, Honda Civic Type R FK8

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev