• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu BMW Mabuk Rempuh Mati Penghantar Makanan Mengaku Tidak Salah

Pemandu BMW Mabuk Rempuh Mati Penghantar Makanan Mengaku Tidak Salah

April 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PEKERJA bengkel, Kok Zi Kang, 25, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian seorang penghantar makanan, Mohd Taufik Arif Sariff dalam kemalangan Ahad lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Zi Kang didakwa memandu sebuah BMW530i dengan kandungan alkohol dalam darah 76mg/100ml, melebihi had dibenarkan (26mg/100ml). Insiden berlaku jam 2.10 pagi di KM16, Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi, 13 April lalu yang menyebabkan kematian mangsa.

Kesalahan di bawah Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, denda hingga RM100,000 dan hilang kelayakan memandu, jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan, iaitu menggunakan nombor pendaftaran palsu pada kenderaannya kira-kira dua jam selepas kejadian, di Balai Polis Trafik IPD Seri Alam.

Tuduhan kedua dibuat bawah Seksyen 108(3)(f) akta sama, yang memperuntuk hukuman penjara hingga lima tahun, denda tidak lebih RM20,000, atau kedua-duanya sekali. Pendakwaan dikendalikan Amirah Tasnim, yang memohon jaminan RM25,000 dengan syarat tambahan seperti laporan bulanan ke balai polis, penyerahan pasport, dan penggantungan lesen memandu.

Namun, peguam bela tertuduh, Chuah Shyue Chien, memohon jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya perlu menanggung kedua ibu bapanya dengan gaji RM4,000 sebulan.

Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM8,000 bersama seorang penjamin serta syarat tambahan tersebut. Kes akan disebut semula 19 Mei depan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW 530i, kemalangan maut, Pamandu BMW Langgar Penghantar Makanan, pemandu mabuk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev