• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelumba 14 Tahun Sepanyol Maut Kemalangan Ketika Berlumba

Pelumba 14 Tahun Sepanyol Maut Kemalangan Ketika Berlumba

July 27, 2021 By Aryon Leave a Comment

931
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PELUMBA remaja dari Sepanyol, Hugo Millan yang baru berusia 14 tahun maut akibat kemalangan tragik ketika berlumba dalam kejuaraan perlumbaan satu Piala Bakat Eropah (ETC), di Litar Aragon, Sepanyol Ahad lalu.

Kemalangan menimpa Millan itu turut melibatkan beberapa pelumba lain dalam insiden di selekoh Turn 5 yang memaksa bendera merah dikibarkan. Petugas kecemasan pantas bergegas ke trek sebelum mangsa dipindahkan ke Pusat Perubatan di litar berkenaan.

Walaupun pasukan pakar berusaha melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan mangsa, tetapi Millan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dialami.

Millan menikmati banyak kejayaan musim ini dalam kejuaraan FIM CEV Repsol dengan meraihkan beberapa podium dan beraksi konsisten dalam kelompok pelumba barisan depan.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Kejuaraan FIM CEV Repsol yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenali Jenis, Fungsi Bendera dalam MotoGP

hugo-millan-crash-1
hugo-millan-crash-2

Malah, pada hari kemalangan, Millan berada di kedudukan kedua, tetapi hilang kawalan sebelum terjatuh di tengah trek dan dirempuh pelumba lain (lihat video di akhir artikel).

Millan dirawat pasukan doktor selama beberapa minit di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital trek, dan kemudian diterbangkan ke hospital lain dengan menaiki helikopter.

Penganjur kemudian memutuskan membatalkan baki perlumbaan sebagai menghormati pemergian mangsa. Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), FIM Eropah, Dorna dan pihak litar MotorLand Aragon Circuit kemudian mengeluarkan kenyataan takizha kepada keluarga, rakan dan peminat Millan.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/07/hugo-millan-crash-bg.mp4

BACA >>> Tiada Lagi Nombor 50 dalam Moto3 Sempena Tribut Dupasquier
BACA >>> 5 Maut Belon Udara Panas Terbakar, Jatuh dari Ketinggian 30 Meter

Related

931
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, berita global, FIM CEV Repsol, Hugo Millan, Hugo Millan Maut Kemalangan, Lumpa Motosikal, Pelumba Maut, Piala Bakat Eropah (ETC), sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Pendapatan CAAM Naik RM420j, Jadi Badan Berkanun Bebas, MAVCOM Tamat Operasi 1 Ogos Ini
    Pendapatan CAAM Naik RM420j, Jadi Badan Berkanun Bebas, MAVCOM Tamat Operasi 1 Ogos Ini
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev