• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelanggan Beli Honda PCX 160 Secara Tunai, Tapi Bayar Guna Dua Kotak Syiling!

Pelanggan Beli Honda PCX 160 Secara Tunai, Tapi Bayar Guna Dua Kotak Syiling!

September 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KAKITANGAN sebuah kedai motosikal di wilayah Chon Buri, Thailand tergamam apabila seorang pelanggan membeli seunit Honda PCX 160 baharu berharga 102,500 baht (RM12,418) dan bayaran penuh dibuat dengan menggunakan wang syiling!

Kisah itu dilaporkan berlaku di Akhom Charoen Honda Motorcycles Chon Buri dengan sekeping foto menunjukkan kakitangan premis itu duduk bersila atas lantai sambil mengira wang syiling.

Perkongsian di Facebook menyatakan pelanggan itu memberitahu dia menyimpan syiling setiap hari untuk membeli skuter berkenaan.

Kakitangan kedai motor itu, Suwanna berkata, pelanggan itu menelefon premis itu dan bertanya sama ada dia dibenarkan beli kenderaan tetapi bayaran dibuat menggunakan wang syiling. Mereka menjawab: "Boleh."

Bayar Syiling Beli Honda PCX 160
Pelanggan Beli Honda PCX 160 Tunai Syiling

Pelanggan itu kemudian berkunjung dan memilih model Honda PCX160. Staf kedai berkenaan mengambil masa 20 minit untuk mengira semua syiling yang dibawa dalam dua kotak besar. Pembeli itu juga sudah mengasingkan syiling dengan setiap bungkusan plastik mengandungi 100 baht.

Sebelum ini, premis sama pernah menerima pelanggan yang membuat bayaran pendahuluan menggunakan syiling tetapi ini kali pertama pembelian dengan bayaran penuh dibuat dengan syiling. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk kira duit syiling.

BACA >>> Lelaki Ini Menabung Syiling Lima Tahun untuk Beli Kapcai Impian
BACA >>> Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit, Pasangan Beli Rush Tunai Hasil Tabung dalam 9 Tong Air
BACA >>> Lelaki Ini Menabung Lebih Setahun untuk Beli Motosikal Tunai, 5 Jam Baru Selesai Kira
BACA >>> Netizen Tak Percaya, Pelajar Ini Beritahu Beli Ninja 250 'Cash' Hasil Tabungan Jual Kambing

SUMBER: Sanook

Related

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akhom Charoen Honda Motorcycles Chon Buri, Autoglobal, autoterkini, Beli Motor Guna Syiling, Honda PCX 160, Honda Thailand, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev