Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Pejuang Kurdis Pandu BMW Kereta Kebal untuk Selamatkan Mangsa Perang
Autotainment

Pejuang Kurdis Pandu BMW Kereta Kebal untuk Selamatkan Mangsa Perang

Han OthmanBy Han Othman08/11/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

bmw-armor-bg
SIAPA sangka sebuah sedan BMW 7 Series, E32 awal 1990-an dengan bonet warna celoreng yang dipandu seorang pejuang Kurdis menjadi wira dalam serangan ISIS di Kirkuk, Iraq. Pemilik ‘BMW keret kebal’, Ako Aburrahman berjaya menyelamatkan 70 mangsa yang cedera akibat pertempuran di wilayah berkenaan.

Aburrahman, yang juga dikenali sebagai Ako Duzi ialah pejuang Kurdis Peshmerga. Mulanya, Ako bukanlah berada di kawasan pertempuran, tetapi apabila mendapat satu panggilan daripada seorang rakan, dia nekad ke sana dengan harapan dapat menghulurkan apa saja bantuan diperlukan.

Menurut laman web BasNews, Ako langsung tidak menyangka BMW miliknya itu mampu menjadi ‘kereta kebal’ yang dapat menyelamatkan banyak nyawa.

In the assaults on Kirkuk this man used his bulletproof BMW to save the wounded due to lack of support from the army in that area. #Salute pic.twitter.com/rj70Cf0NBg

— Kapboom 🌐 (@kapboom_) October 24, 2016

Selepas kami tiba di tempat kejadian, kami lihat ramai kalangan pegawai keselamatan dan orang awam yang cedera, serta tiada siapa boleh mendekati mereka kerana kehadiran militan penembak tepat IS. Kami kemudian memutuskan membantu mangsa cedera apabila menyedari peluru tidak dapat menembusi kereta saya,” kata Ako.

Bersama kereta kalis peluru miliknya itu, Ako berjaya memindahkan ramai mangsa dari kawasan perang yang dipenuhi dengan penembak tepat IS, ke hospital. Terima kasih kepada BMW kereta kebal kerana membantu Ako memindahkan 70 mangsa perang yang terdiri daripada orang Kurdis, Arab dan Turki.

DITEMBAK BERTUBI-TUBI

BMW sedan itu ditembak sekurang-kurangnya 50 hingga 60 peluru sebelum tersadai akibat kerosakan yang berpunca daripada serangan berkenaan. Menurut BasNews lagi, Ako berkata, dia membeli kereta tersebut pada harga AS$9,000 (RM37,949) kira-kira empat bulan lalu. Pastinya selepas insiden tersebut Ako menganggap pembelian keretanya itu sebagai sangat berbaloi.

BACA >>> 7 Model BMW 3 Series Terbaik Sepanjang Zaman

Jika masih ragu-ragu tentang keberanian Ako, termasuk kekuatan BMW 7 Series, kata-kata lelaki di bawah ini mungkin mengubah pendirian anda.

Peluru ISIS datang dalam haluan saya. Saya saksikan dengan mata sendiri. Saya tidak akan berhenti atas apa yang sudah lakukan. Saya tidak boleh tinggalkan mereka dalam keadaan terawang-awang.

“Satu-satunya perkara yang saya peduli adalah membawa masuk mangsa cedera ke dalam kereta dan menghantar mereka ke hospital.” kata Ako lagi.

BMW menawarkan kepada Ako supaya menukar ganti keretanya itu dengan BMW baharu supaya dapat dipamerkan di muzium pengeluar itu, tetapi ditolak Ako. Sebaliknya dia memutuskan menghadiahkan kereta itu kepada Muzium Sulaymaniyah sebagai simbol keberanian dan perjuangan penduduk Kirkuk.

GALERI

SUMBER: Basnews.com

BMW 7 Series BMW kalis peluru BMW kereta kebal Iraq IS ISIS Kirkuk Kurdis pejuang Kurdis serangan IS
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.