Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pegawai Terpalit Dakwaan Rasuah, Pertamina Mohon Maaf
Auto Terkini

Pegawai Terpalit Dakwaan Rasuah, Pertamina Mohon Maaf

SyafieBy Syafie04/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SYARIKAT minyak dan gas Indonesia, Pertamina mengeluarkan permohonan maaf terbuka dan berjanji memperkukuh reformasi tadbir urus berikutan kes rasuah melibatkan pegawainya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertamina, Simon Aloysius Mantiri mengesahkan komitmen syarikat untuk memperkukuh tadbir urus korporat dan memastikan pematuhan dalam semua operasi.

Sebagai tindak balas, pusat krisis ditubuhkan untuk mengkaji semula proses perniagaan dan tadbir urus operasi.”

Permohonan maaf itu dibuat berikutan siasatan berterusan Pejabat Peguam Negara mengenai dakwaan rasuah yang membabitkan pengurusan minyak mentah dan produk penapisan Pertamina antara 2018 hingga 2023.

Sembilan eksekutif kanan Pertamina dan syarikat bersekutu, termasuk enam kakitangan Pertamina dan tiga individu sektor swasta, dinamakan sebagai suspek dalam kes tersebut minggu lalu.

Pihak berkuasa mengesyaki skim tersebut menyebabkan kerugian negara sekitar Rp193.7 trilion (lebih kurang AS$12.5 bilion) melalui manipulasi import minyak, pembelian tidak mengikut peraturan, dan kontrak penghantaran melampau.

Simon turut menegaskan Pertamina bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam siasatan itu, sambil meningkatkan ujian kualiti bahan api di stesen minyak seluruh negara dan melancarkan saluran komunikasi untuk rakyat melaporkan sebarang kebimbangan.

Pertamina memberi jaminan bekalan tenaga akan kekal mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.”

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Indonesia Pegawai Pertamina Didakwa Rasuah Pertamina
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.