• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Pecutan 403kmj Jadikan Speedtail (2020) Model Terpantas McLaren

Pecutan 403kmj Jadikan Speedtail (2020) Model Terpantas McLaren

December 27, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


MODEL prototaip, McLaren Speedtail baru-baru ini disahkan sebagai kereta paling pantas pernah dicipta pengeluar itu dengan rekod kelajuan 403kmj!

Speedtail, juga dikenali sebagai XP2, bukan sekadar mencatatkan rekod kelajuan itu dalam satu percubaan, tetapi lebih 30 kali siri ujian yang diadakan di Johnny Bohmer Proving Grounds, West Palm Beach di Florida, Amerika Syarikat. Beberapa ujian turut diadakan di Papenburg, Jerman dan Idiada, Sepanyol.

BACA >>> Restorasi Sempurna, McLaren F1 Ini Ibarat Baru Keluar dari Kilang

Ketua Pemandu Uji McLaren, Kenny Brack memandu Speedtail untuk memintas rekod kelajuan 386.7kmj yang dicatatkan McLaren F1 sebelum hypercar itu memasuki pasaran global dalam unit terhad pada 1994.

McLaren menggelarkan Speedtail sebagai 'satu pameran kepakaran jenama dalam kejuruteraan lightweight'. Menurut pengeluar British itu lagi, kereta tersebut lebih efisien dari segi aerodinamik berbanding mana-mana model McLaren terdahulu.

BACA >>> Saintis Roket Jelaskan Kenapa McLaren 720S Boleh Jadi Sangat Laju!

Hypercar ini ialah siri pengeluaran model hibrid pertama McLaren selepas pengenalan McLaren P1 dan F1. Speedtail dengan 3-kerusi itu memiliki dimensi panjang hampir 5.2 meter, manakala badannya diperbuat daripada gentian karbon.

Trenkuasa hibrid Speedtail (petrol dan elektrik) menyalurkan kombinasi kuasa dan tork paling berkuasa berbanding mana-mana model McLaren sebelum ini. Ia dipasangkan enjin 4.0L V8 turbo kembar dengan seunit motor elektrik berkuasa 1,068hp dan tork 1,150Nm.

McLaren akan membina 106 unit Speedtail mengikut cita rasa pelanggan yang menempah model itu. Percaya atau tidak, semua unit tersebut sudah pun habis ditempah. Pembinaan model berkenaan kini giat dilakukan di Pusat Pengeluaran McLaren di Woking, Britain, manakala penghantaran kepada pelanggan akan bermula seawal Februari 2020.

BACA >>> Inilah McLaren Senna yang Paling Mampu Milik, Cuma RM79.90 Sahaja!

GALERI

SUMBER: Motor1

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hypercar, Kenny Brack, McLaren, McLaren Speedtail (2020), McLaren XP2, prototaip, Roda4, Supercar, XP2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my