• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pecco Juara GP Malaysia 2024, Rebutan Gelaran Juara Dunia Semakin Sengit

Pecco Juara GP Malaysia 2024, Rebutan Gelaran Juara Dunia Semakin Sengit

November 4, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SAINGAN GP Malaysia 2024 penuh dengan aksi dramatik pada babak awal perlumbaan.

Bermula dengan insiden rempuhan tiga pelumba iaitu Jack Miller (KTM), Brad Binder (KTM) dan Fabio Quartararo (Yamaha) di Turn 2 pada lap pertama.

Kemalangan memaksa bendera merah dikibarkan dengan semua pelumba kembali ke pit, membenarkan kerja pembersihan dilaksanakan sebelum perlumbaan dimulakan semula dengan 19 lap selepas penangguhan masa kira-kira lima minit.

Pada awal perlumbaan, Francesco Bagnaia yang 'meluncur keluar' semasa ujian pecutan kelmarin dilihat mendahului perlumbaan sebelum berbalas aksi potong-memotong dengan Jorge Martin sehingga berlaga siku di Turn 14.

Aksi dua pelumba itu berlaku di Turn 6, Turn 14, Turn 1, Turn 4 dan Turn 5. Martin kemudian mula melakukan kesilapan di beberapa selekoh sekali gus, membuka ruang untuk Pecco terus menambah jarak masa.

Marc Marquez pula nampak macam ‘bermain selamat’ dan mengekori dua pelumba itu dari belakang untuk mengekalkan posisi tempat ketiga. Namun, beliau terbabas di Turn 5 semasa lap ketujuh tetapi segera bangkit kembali.

Marquez menamatkan GP Malaysia 2024 di tempat ke-12. Pecco juara manakala rakan sepasukannya, Enea Bastianini melepasi garisan penamat di tempat ketiga. Martin akur sebagai naib juara.

Adik Marc, Alex Marquez menamatkan perlumbaan ditempat keempat, diikuti Pedro Acosta (tempat kelima), Quartararo (tempat keenam) manakala Maverick Vinales dan Alex Rins masing-masing di tempat ketujuh dan kelapan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, enea bastianini, GP Malaysia 2024, MotoGP 2024, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my