Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PDRM: Laluan Utama di Putrajaya Ditutup Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025
Auto Terkini

PDRM: Laluan Utama di Putrajaya Ditutup Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam25/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PDRM tutup beberapa jalan di Putrajaya sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan beberapa laluan utama di Putrajaya akan ditutup berperingkat bagi memberi laluan kepada acara raptai serta sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, 14 jalan di pusat pentadbiran Kerajaan akan ditutup bermula 26 hingga 29 Ogos, jam 6 pagi hingga 12 tengah hari. Antara laluan terlibat ialah:

  1. Lebuh Wawasan/Persiaran Perdana
  2. Jalan Tun Razak/Lebuh Bestari
  3. Jalan Tun Razak/Jalan P2K
  4. Jalan Tun Razak/Jalan Pembangunan
  5. Jalan Tun Razak/Jalan P3C
  6. Jalan Tun Razak/Jalan P3F
  7. Jalan Tun Razak/Jalan Kemerdekaan
  8. Lebuh Setia/Jalan Perpaduan
  9. Lebuh Saujana/Persiaran Perdana
  10. Lebuh Setia/Jalan Tun Hussein
  11. Jalan Kemerdekaan/Jalan Tun Hussein
  12. Jalan Pembangunan/Jalan Tun Hussein
  13. Lebuh Bestari/Jalan Tun Hussein
  14. Dataran Putra/Persiaran Perdana

Selain itu, bermula 29 Ogos jam 10 malam, semua laluan menuju ke Putrajaya Core Island turut ditutup sepenuhnya.

Penutupan Penuh 31 Ogos

Bagi acara kemuncak pada 31 Ogos, beberapa jalan tambahan akan ditutup sepenuhnya, termasuk:

  1. Lingkaran Putrajaya/Jambatan Saujana
  2. Lebuh Sentosa/Lebuh Wawasan
  3. Persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan/Jambatan Wawasan
  4. Susur keluar Lebuh Sentosa/Lebuh Wawasan
  5. Persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan/Jalan P8H
  6. Bulatan Salahuddin/Dataran Perdana
  7. Persimpangan lampu isyarat Lebuh Bestari/Jalan Tun Hussein
  8. Persimpangan lampu isyarat Jalan Pembangunan/Jalan Tun Hussein
  9. Persimpangan lampu isyarat Jalan Kemerdekaan P18/Jalan Tun Hussein
  10. Persimpangan lampu isyarat Lebuh Setia/Jalan Tun Hussein
  11. Persimpangan lampu isyarat Lebuh Saujana/Jalan Tun Hussein
  12. Persimpangan lampu isyarat Lingkaran Gemilang Satu/Persiaran Perdana
  13. Persimpangan lampu isyarat Lebuh Gemilang/Persiaran Perdana–Jambatan Gemilang
  14. Lebuh Sentosa/Jambatan Saujana

Polis, Kemudahan Awam

Seramai 2,708 anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan sepanjang acara sambutan yang dijangka menarik lebih 100,000 pengunjung.

Orang ramai yang merancang hadir ke sambutan Hari Kebangsaan disarankan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan kemudahan bas ulang-alik (shuttle bus) yang akan disediakan.

SUMBER: FreeMalaysiaToday(FMT)

Auto Terkini Penutupan jalan Putrajaya Sambutan Hari Merdeka
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

11/03/2026
Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.