Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PDRM Kerah Hampir 7,000 Pegawai, Anggota Trafik Bertugas dalam Op Selamat 24
Auto Terkini

PDRM Kerah Hampir 7,000 Pegawai, Anggota Trafik Bertugas dalam Op Selamat 24

SyafieBy Syafie24/03/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HAMPIR 7,000 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) bakal bertugas sepanjang Operasi Selamat (Op Selamat) 24 sempena Aidilfitri, bermula 23 Mac hingga 6 April 2025 dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, seramai 6,957 pegawai dan anggota akan terlibat dalam pelbagai penugasan seperti rondaan, pemantauan titik panas (blackspot) dan penyuraian kesesakan.

Sebahagian mereka juga akan bertugas dalam Unit Siasatan Lebuhraya (USLR) untuk menguruskan kemalangan ringan di sepanjang lebuh raya.

Penugasan pegawai melibatkan tugas di kawasan hotspot yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi dengan aliran trafik padat, dan blackspot yang kerap berlaku kemalangan. Terdapat 407 lokasi hotspot dan 76 lokasi blackspot yang akan dipantau aktif seluruh negara.

Selain itu, 25 lokasi hotspot dan 46 lokasi blackspot di lebuh raya utama juga diberi perhatian khusus. Pemantauan akan dilakukan untuk memberikan bantuan segera kepada pengguna jalan raya yang menghadapi masalah atau kecemasan.

JSPT juga akan memastikan aliran lalu lintas lancar, terutama ketika berlaku kesesakan luar biasa, dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu yang melanggar peraturan.

Kempen Op Selamat 24 turut melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi, termasuk Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT), Jabatan Bomba dan Penyelamat, serta PLUS Malaysia. Malah, pemantauan udara akan dilakukan Unit Operasi Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya di lebuh raya dan jalan utama.

Mohd Yusri menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang, memeriksa kenderaan sebelum perjalanan, dan mengambil rehat secukupnya.

Beliau juga mengingatkan pemandu sentiasa bertanggungjawab dan berhemah ketika memandu demi keselamatan bersama.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Hari Raya Aidilfitri 2025 JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Operasi Selamat (Op Selamat) 24 Unit Siasatan Lebuhraya (USLR)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Diskaun 30 Peratus Tambang ETS Balik Kampung Sambut Ramadan

22/02/2026
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
MotoGP

#MotoGP2026: 20,000 Peminat Gegar Ibu Kota Sempena Pelancaran Musim 2026

21/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.