• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Bajet2023: Subsidi Untuk Galak Rakyat Malaysia Guna Pengangkutan Awam

#Bajet2023: Subsidi Untuk Galak Rakyat Malaysia Guna Pengangkutan Awam

October 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

KERAJAAN komited menggalakan penduduk Malaysia menggunakan perkhidmatan awam. Untuk mencapai hasrat itu, ada dua pendekatan bakal dilaksanakan. Pertama, memberi subsidi kos perkhidmatan. Kedua, meningkatkan pencapaian perkhidmatan awam di seluruh negara.

LEMBAH KLANG

PAS Bulanan MY50 akan diteruskan dan memberi manfaat kepada seramai 180,000 penduduk Lembah Klang yang menggunakan khidmat rel dan bas untuk ke tempat kerja.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023.
Beliau berkata, warga Lembah Klang secara purata membelanjakan RM200 sebulan untuk kos perjalanan ke tempat kerja.

"Dengan meneruskan inisiatif pas bulanan ini, Kerajaan sebenarnya mensubsidi pengguna sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun."

KEDAH, MELAKA, SABAH DAN SARAWAK

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata:

“Perkhidmatan bas henti-henti penting kepada penduduk bandar yang menggunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja.

“Bagi tahun hadapan, RM180 juta disediakan, antaranya menambah baik capaian bas awam kepada warga di Melaka, Kota Kinabalu dan di Kuching.

"Kerajaan juga akan menggantikan 18 buah bas henti-henti kendalian MARA untuk manfaat penduduk Kedah.”

PERKHIDMATAN UDARA DAN OKU

Zafrul berkata, perkhidmatan udara adalah mod pengangkutan utama untuk penduduk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan memilih untuk memberi subsidi pengangkutan udara sebanyak RM209 juta, untuk manfaat penduduk luar bandar."

Beliau juga menyatakan Kerajaan akan menambah baik kemudahan di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak dengan membina laluan kerusi roda, memberi manfaat kepada 2,300 pengguna berkerusi roda yang menggunakan MASwings.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bajet 2023, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my