Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Subaru XV (2018) Manfaatkan Sepenuhnya Ciri Off-Road
Pandu Uji

#PanduUji: Subaru XV (2018) Manfaatkan Sepenuhnya Ciri Off-Road

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/01/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM famili kenderaan utiliti sukan (SUV) Subaru, model ini diposisikan antara Forester dan Outback yang tampil serba baharu. Lebih panjang dan lebar berbanding generasi sebelumnya serta menerima beberapa kemas kini terperinci, terutama gril, gerbang roda belakang, lampu depan dan ruang kabin.

Model dimaksudkan itu ialah Subaru XV, kini dibangunkan berasaskan Platform Global Subaru (SGP) dan masih lagi mengekalkan resepi tradisi Subaru, iaitu enjin Boxer dan teknologi pacuan semua roda (AWD) Symmetrical.

Model XV itu sendiri ialah crossover saiz besar dengan jarak kelegaan tanah yang baik sambil membariskan Toyota C-HR atau Mazda CX-3 sebagai pesaing. Walaupun sama, jika anda mencari sesuatu yang murah, mungkin dengan senang hati melihat pilihan lain seperti Honda HR-V (sekadar menyebut satu perbandingan).

BACA >>> 5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Subaru XV 2018 – Harga Bermula RM118k!

Secara jujur, ya, kita akan mengatakan ini adalah Subaru – satu jenama yang agak niche dan bukanlah terlalu premium. Kelebihan model di bawah jenama Subaru ini ialah kemampuan meredah laluan off-road yang meletakkan dirinya jauh ke depan dalam rantaian off-road dalam segmennya.

Tidak begitu adil jika membandingkan XV dengan HR-V (pacuan roda depan) dalam konteks kemampuan off-road. Situasinya ibarat membandingkan Fattah Amin dan Pok Ya Cong Codei. Berbezakan?

Ok, sekarang seperti apakah XV serba baharu ini? Teruskan membaca pengalaman kami dalam sesi pandu uji media ke Melaka anjuran Motor Image, baru-baru ini.

X-Drive, Jelajah Off-Road di Hujung Jari

Subaru adalah pengeluar automotif dari Jepun yang cukup terkenal dengan pembuatan produk lasak dan berketerampilan berbeza dalam segmennya.  Jadi XV juga tidak terkecuali dengan dilengkapi ciri asas terbaik untuk kegunaan off-road.

Dengan sudut 29° (keluar) dan 18° (hampir), memang cukup baik untuk mengendalikan laluan bercuram, ditambah pula bantuan sistem kawalan kelajuan pintar yang mudah digunakan.

Sistem Subaru lebih ringkas berbanding pesaing lain yang memerlukan pemandu melaraskan kelajuan melalui kawalan butang cruise. Kami berpeluang menggunakan sistem tersebut ketika sesi off-road di Melaka. Ketika meredah bukit, pemandu hanya perlu memberhentikan kenderaan dan memilih mod X-Drive di konsol tengah.

BACA >>> #PanduUji: Subaru XV (2014)

Tiada masalah jika memulakan perjalanan di pertengahan bukit atau berhenti di sudut paling curam. Apa yang perlu dilakukan adalah pemandu perlu memodulasi kelajuan menggunakan kombinasi brek dan pedal minyak. Kemudian, CVT akan mengunci cengkaman untuk mensimulasikan diferensial kunci (differential locking) secara berkesan.

Sistem AWD tentunya dapat menyerlah dalam situasi seperti itu dengan daya kilas tork hingga 50 peratus di kedua-dua gandar yang mampu dianjak ke belakang apabila mengesan gelinciran pada roda depan. Pendek kata, sangat mudah ‘melepaskan’ XV apabila tersekat.

Rasanya di Atas Jalan?

Pengendalian? XV baik-baik saja. Bahagian stereng dipertingkatkan dan suspensi sedikit sofistikated. Pemanduannya dapat diterima baik bagi kereta pada jarak kelegaan tanah 220mm. Tidaklah begitu seronok dan memuaskan, tetapi tidak pula menyakitkan hati.

Enjin 2.0L Boxer yang lebih ringan 12kg dengan suntikan bahan api bersama padanan transmisi CVT Lineartronic bertugas dengan baik pada kelajuan perlahan hingga medium. Tetapi sedikit kecewa jika anda meminta lebih.

XV perlu dikerah sedikit keras untuk menambah kuasa. Jelas terdengar ngauman suara enjin ditambah kesan bunyi CVT yang menjengkelkan. Apapun masih ok sekiranya pedal minyak ditekan lebih kurang 40 peratus, tetapi selepas itu ada terdengar bunyi seperti klac tergelincir.

BACA >>> Subaru Outback (2018) dengan Teknologi EyeSight – Masuk Malaysia Tahun Ini?

Rasanya lebih enak jika XV dipacu tenaga pengecas turbo berbanding sistem aspirasi natural (NA) dengan transmisi dual klac (sekadar pandangan dua sen).

Bagaimanapun, pemanduan sekitar jalan berselekoh di Negeri Sembilan cukup meyakinkan kerana berat stereng sederhana dan suspensi strut MacPherson di depan dan wishbone berganda (belakang) mampu memberikan keselesaan secukupnya dalam kabin. Olengan badan juga minimum, manakala bunyi tamparan angin dan desiran tayar pada kelajuan 140kmj masih boleh dikompromi.

Penghalusan Material Dalam Kabin

Model pandu uji kami ialah, varian 2.0i-P yang dilengkapi ciri tambahan seperti pedal aluminium, lampu depan automatik, penyaman udara dwi zon automatik, paparan multifungsi gred tinggi, sensor hujan pada pengelap cermin dan lampu depan yang responsif stereng untuk pencahayaan lebih baik ketika membelok pada waktu malam.

Selain kemasan hitam dalam kabin, ambien kontra dapat dilihat pada sulaman benang oren pada stereng, kerusi, konsol tengah, tombol gear, papan pemuka dan panel pintu. Material fabrik lembut pada kerusi memberikan keselesaan. Ini ditambah pula bentuk sokongan penuh pada kerusi belakang yang memegang tubuh dengan selesa.

Jarak penglihatan juga baik kerana pilar direka kecil. Cermin bersaiz suku pada pilar A dan C mengurangkan titik buta. Terdapat banyak ruang di depan walaupun bahagian belakang agak gelap dan kapasiti but lebih besar. Subaru juga agak teliti dalam memberikan perincian kecil seperti kemasan gentian karbon artifisial pada tepi pintu. Malah tambahan ketinggian antara lantai dan siling memudahkan penumpang bertubuh tinggi mengakses ruang kabin.

Berbaloi Ke?

Kami banyak kali melabelkan Subaru sebagai jenama niche yang sesuai untuk kumpulan kecil dengan kehendak tertentu. XV serba baharu ini juga tidak berbeza. Dengan keupayaan jalan raya dan off-road, kit alatan menarik dan teknologi bantuan pemanduan termaju, XV tampil agak menarik dan meyakinkan.

Dalam pasaran yang sangat kompetitif, walaupun XV memiliki kelebihan menguasai laluan off-road, sayang sekali enjin dan kotak gear SUV kompak itu sedikit mengecewakan. Hanya ada varian petrol dan CVT, pastinya khas buat peminat Subaru yang komited. Tepuk dada, seluk poket, tanya bajet dan lihatlah pada keperluan dan kemampuan.

SPESIFIKASI

SUBARU XV 2.0i-P

ENJIN: 4-silinder Boxer, DOHC, suntikan bahan api petrol
SESARAN: 1,995cc
TRANSMISI: CVT Lineartronic
KUASA MAKSIMUM: 153hp @ 6,000rpm
TORK MAKSIMUM: 196Nm @ 4,000rpm
CIRI KESELAMATAN: 7 beg udara, Bantuan Brek (BA), ISOFIX, Pemvektoran Tork Aktif, Sistem Sekuriti Anti-Kecurian, dan lain-lain.
HARGA: RM125,868 (termasuk GST, tanpa insurans)

GALERI

 

enjin subaru xv 2018 Malaysia Harga subaru xv 2018 Malaysia harga subaru xv baru media drive Pandu uji Roda4 subaru xv 2018 subaru xv 2018 Malaysia subaru xv baru TC Subaru Sdn Bhd
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.