Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: KIA Carnival Bukan ‘Peti Ais’ Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga
Pandu Uji

#PanduUji: KIA Carnival Bukan ‘Peti Ais’ Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

ShawkathBy Shawkath13/03/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran tempatan sejak Dinamikjaya Motors menggalas tugas memulihkan dan menghidupkan semula jenama Korea Selatan itu di Malaysia.

Pendekatan membawa masuk model kenderaan pelbagai guna (MPV) bersaiz besar itu membangkitkan persoalan, antaranya kenapa tidak mula menawarkan dengan model kompak atau sedan.

Ada beberapa andaian timbul. Pertama, segmen MPV saiz penuh masih didominasi produk rekon jenama Jepun. Kedua, tidak ramai pengedar rasmi menawarkan produk MPV dalam segmen itu.

Ketiga, Carnival yang diimport masuk (CBU) adalah langkah pengenalan awal kerana model itu disahkan akan diserap dalam program pemasangan tempatan (CKD) beberapa bulan lagi.

Ada beberapa perkara yang saya suka mengena Carnival dan kekurangan yang dirasai sepanjang memandu uji model tersebut.

REKABENTUK CAMPURAN

Carnival tidak meyakinkan saya ia MPV besar, tetapi nampak seperti ada kombinasi beberapa kategori kenderaan.

Rekabentuk luaran bergaya kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan konsep bumbung apung, rel bumbung, bentuk lampu hadapan dan sudut pilar-A dianjakkan sedikit ke belakang.

Selain gaya macam SUV terperangkap dalam badan MPV, Carnival dikatakan berkongsi platform sama dengan KIA Sorento (SUV) dan KIA K5 (sedan).

Sebaik menghidupkan trenkuasa dan keluar dari Carnival, nada enjin sama seperti sebuah trak pikap. Ini kerana Carnival versi CBU ini dipacu trenkuasa diesel 4-silinder sebaris 2.2L Turbo Smartstream DOHC.

PANDU SECARA BERHEMAH

Fil mengemudi KIA Carnival seakan memandu sebuah van atau bas mini. Bukan bermaksud pengalaman pemanduan kurang menarik, tetapi agak menyeronokkan kerana tindak balas enjin jarang mengecewakan.

Persekitaran dalaman dan fizikal Carnival sentiasa menyedarkan pemandu untuk patuh had laju, memandu ikut kemampuan sendiri dan secara berhemah.

Sepanjang pemanduan Kuala Lumpur-Melaka-Kuala Lumpur, perlu diakui ada kesan membuai semasa meredah  permukaan jalan tar tidak rata. Olengan badan juga bukan sesuatu yang janggal ketika di kawasan selekoh.

BACA >>> #PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

Tindak balas stereng agak lancar dan pengendaliannya layak dipuji, tetapi perlu berwaspada mengenai kawasan sekeliling disebabkan dimensi Carnival yang besar. Ada lampu amaran titik buta pada cermin sisi sebagai peringatan.

Kwtika mahu membelok atau menukar laluan, anda disarankan menyalakan lampu signal belok lebih awal kerana lampu itu diposisikan dekat bampar dan jauh terpisah dengan kluster lampu brek. Ini boleh mengelirukan pengguna jalan raya lain.

Sekadar makluman, lampu depan Carnival adalah jenis LED dengan lampu siang (DRL) disepadukan pada gril depan, manakala lampu kabus LED diposisikan pada sisi bampar. Lampu belakang termasuk lampu kabus belakang jenis mentol halogen.

BACA >>> Ini Janji Bermaz untuk Pemilik Kia Malaysia

PINTU BUT JADI PINTU MASUK KABIN

Carnival versi CBU memuatkan 11-kerusi dalam konfigurasi 2-3-3-3 dengan balutan material kulit sintetik coklat. Kerusi tengah barisan kedua dan ketiga boleh direbahkan dan dilipat ke sisi untuk membuka akses ke barisan kerusi belakang.

Kerusi tengah barisan kedua dan ketiga kurang selesa untuk perjalanan jarak jauh berbanding kerusi di sebelah kiri dan kanan. Barisan kerusi terakhir pula lebih sesuai untuk kanak-kanak atau dilipat untuk dijadikan tempat pemegang cawan.

Ada dua pintu gelongsor automatik di kiri dan kanan badan MPV untuk memudahkan akses masuk ke kabin. Pintu but belakang pula jenis elektrik.

Disebabkan parkir kediaman jenis townhouse agak terbatas dan ditambah pula Carnival memiliki ukuran lebar hampir 2 meter, saya terpaksa memasukkan anak-anak ke kabin melalui pintu but. 😅

GABUNGAN MODEN  TRADISIONAL

Saiz skrin unit infotainmen cukup besar iaitu 12.3 inci jenis terapung dengan menawarkan fungsi kawalan radio, tetapan penyaman udara dan sambungan Android Auto, termasuk Apple CarPlay.

Saya sebenarnya perlu menyambung kabel pada port USB dan telefon pintar untuk memanfaatkan aplikasi Android Auto terutama jika menggunakan sistem navigasi. Kluster instrumen masih jenis analog dengan tambahan panel skrin digital kecil.

Agak mengecewakan MPV 11-kerusi untuk seisi keluarga ini tidak didatangkan bersama skrin tambahan untuk hiburan penumpang ketika perjalanan jarak jauh. Mungkin opsyen seperti itu boleh ditawarkan kelak atau pengguna terpaksa mendapatkannya daripada pihak ketiga.

Penukaran gear dibuat menggunakan tombol jenis rotari untuk fungsi neutral, pandu dan undur. Operasinya nyata mudah dan lancar. Untuk parkir, butang brek elektrik disediakan sebagai penganti brek tangan konvensional.

MPV ini hadir dengan paparan kamera 360º yang banyak membantu pemandu memarkir di ruang sempit, atau mengundur kenderaan. Paparan siang cukup jelas, tetapi ketika malam dan hujan, prestasinya kurang memberangsangkan.

ISIAN BAHAN API

Carnival menawarkan kapasiti tangki minyak 72 liter dan setiap isian penuh menawarkan jarak pemanduan tidak kurang 800km. Malah ada mendakwa, Carnival mampu dipandu hingga 1,000km!

Tahap kecekapan penggunaan bahan api diesel menjimatkan lebih banyak masa pemandu kerana tidak perlu kerap singgah ke stesen minyak.

SISTEM ADAS

Kekurangan paling nyata Carnival ialah sistem teknologi bantuan pemandua kerana hanyadua ciri disediakan, iaitu Amaran Perlanggaran Titik Buta dan Bantuan Elak Perlanggaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA).

Ciri keselamatan standard agak komprehensif seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Kawalan Brek Multi-Pelanggaran, Bantuan Mula Daki (HSA), Fungsi Pegun Automatik (HHB), Amaran Penumpang Belakang dan ISOFIX.

Ini pula pandangan Abang Gan mengenai KIA Carnival:

Dinamikjaya Motors Kia Carnival Pandu Uji Kia Carnival 2022 Roda4
Shawkath

Artikel Berkaitan

GWM Wey G9 Hi4 PHEV
Roda4

GWM Wey G9 Hi4 PHEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM269,800!

29/01/2026
Nissan LEAF Autech B5 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Nissan LEAF B5 2026 dengan Bateri 55kWj untuk Jepun, Jarak Sehingga 521km

30/01/2026
Toyota Vios HEV 2026
Roda4

Toyota Vios HEV 2026 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM103,900

29/01/2026
Kia Niro 2026 Facelift
Roda4

Kia Niro 2026 Facelift Lebih Bersahaja, Bakal Kembali ke Malaysia?

26/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.