Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Hyundai Elantra 2.0L dan Sport 1.6L Turbo – Sedan Asia Gaya Eropah
Pandu Uji

#PanduUji: Hyundai Elantra 2.0L dan Sport 1.6L Turbo – Sedan Asia Gaya Eropah

Han OthmanBy Han Othman27/12/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA dibariskan model-model segmen-C di Malaysia, Hyundai Elantra tidaklah menonjol sangat. Sebenarnya bukan Elantra sahaja, hampir semua model lain boleh dikatakan sudah menyerah kalah kepada dominasi Honda Civic.

Kita uga harus mengakui betapa segmen-C adalah antara kelas kenderaan paling sukar ditembusi model-model Korea, tidak seperti segmen A, B dan D yang lebih terbuka. Malah, lebih sukar dan tidak mudah seperti membawa masuk lagu-lagu K-Pop dan cerita pilu K-Drama di kaca TV dan YouTube.

Tetapi, berdasarkan pandu uji ringkas ke atas dua varian Elantra, 2.0L Executive dan Sport 1.6L Turbo, kami sepatutnya memberitahu pembeli Malaysia bahawa mereka sepatutnya jadi lebih berani mencuba. Dan Elantra bukanlah cubaan yang berbahaya dan mengada-ngada.

BACA >>> Hyundai Elantra 2017 – Mampukah Cabar Civic, Mazda3, Altis & Sylphy?

Ini kerana pada era maklumat terbuka hari ini rasanya tidak perlu lagi kami senaraikan segala macam penyelidikan dan pembangunan (R&D), kejuaraan di litar lumba, anugerah rekabentuk, termasuk teknologi terkini dan angka-angka jualan hebat di bumi Eropah dan Amerika, segalanya sudah dikecapi Hyundai.

Apa yang perlu anda tahu, Hyundai bukanlah pemain automotif biasa yang sekadar cuma menyerang pasaran massa dengan rekabentuk model-model yang serba menawan, tetapi juga agresif dalam dunia permotoran. Malah, Hyundai sudah sedia membangunkan divisi prestasi khas yang baru-baru ini diperkenalkan menerusi hot-hatch i30 N.

Kesimpulan ringkas awal daripada sesi pandu ringkas Hyundai Elantra ialah model ini patut diletakkan sekurang-kurangnya dalam ranking lima model segmen-C terbaik di Malaysia.

Pengenalan kilat, Hyundai Elantra generasi ke-6 yang diuji ini selamat dilancarkan di pasaran tempatan pada Jun lalu dengan menampilkan tiga varian:

  • GLS 2.0 Executive – RM116,388
  • GLS 2.0 Dynamic – RM120,588
  • Sport 1.6 Turbo – RM131,488

* Semua harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tanpa insuran.

LUARAN SERBA SPORTY

Nampak sama, tetapi tidak serupa, dan perbezaan paling ketara adalah rekaan kit badan. Varian Executive dan Dynamic berkongsi ciri serupa seperti lampu depan projektor dengan lampu kabus, rim aloi 17-inci, suspensi strut McPherson di depan, dan rasuk tetiub (tubular beam) di belakang, sistem audio skrin sentuh bersaiz 7-inci dengan kamera undur, 6-beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Bantuan Parkir Depan dan Belakang (PAS), Kawalan Bantuan Mula-Daki (HAC), dan Pengesan Titik Buta (BSD).

Perbezaan antara kedua-duanya, kit badan Dynamic tampil lebih agresif berbanding Executive (sesuai dengan nama varian diberikan), dan turut diberikan lampu siang (DRL), skirt sisi dan kemasan difuser dan ekor ekzos ‘fake’ di penjuru kiri dan kanan bampar belakang. Kesimpulan mudah, Dynamic lebih sporty berbanding Executive yang lebih serius dan elegan.

Sebaliknya, varian Sport memiliki semua yang ada pada Executive dan Dynamic, tetapi dengan diberikan tambahan ciri premium dan tersendiri seperti, gril depan dengan lencana Turbo, bampar sporty, lampu depan HID, lampu siang (DRL) LED, kerusi kulit dengan lencana Sport, masukan tanpa kunci, dan suspensi strut McPherson (depan) dan Multilink (belakang) – Executive dan Dynamic menggunakan tubular beam di belakang. Brek cakera Sport juga lebih besar, 16-inci berbanding Executive dan Dynamic (15-inci).

Persamaan? Ketiga-tiga varian menggunakan rim sport bersaiz sama, 17-inci yang dibezakan pada rekaan jejari.

WARNA DALAMAN JADI ISU?

Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia

Perbezaan jadi lebih ketara apabila duduk di dalam kabin 2.0L (Executive & Dynamic) dan 1.6L (Sport). Varian standard menampilkan upholsteri campuran kulit biasa dan sued bersama trim benang merah. Kabin varian turbo pula dimerahkan bersama bancuhan warna hitam dan sulaman ‘Sport’ pada penyandar kerusi. Selain kerusi, warna kulit kemerahan turut disarungkan pada panel pintu, manakala trim benang merah menjadi kemasan roda stereng dan tombol gear.

Malangnya, tiada opsyen warna upholsteri untuk varian turbo kerana kami lebih sukakan warna gelap. Kami juga tidak pasti apakah Hyundai membuat pilihan tepat dengan menampilkan upholsteri yang serba ‘striking’ begitu. Mungkin terlalu mahu menonjolkan ciri ‘Sport’, tetapi Hyundai mungkin lupa apa dikatakan pujangga Inggeris, Robert Browning, ‘Less is More‘.

Selain daripada warna yang ‘terlebih sudah’, kualiti dan fiil dalaman Elantra 2.0L dan 1.6L adalah menepati kualiti pesaing lain dalam kelas sama dalam aspek material dan ciri kabin moden. Ventilator penyaman udara tambahan turut disediakan buat penumpang belakang di belakang konsol tengah. Kekurangan, tiada soket 12V atau port USB disediakan untuk orang belakang. 

Model turbo turut dibekalkan fungsi penyaman udara dwi zon automatik, pedal anjakan di stereng, dan sensor hujan untuk pengelap automatik.

Keseluruhan ruang kabin mampu memuatkan seisi keluarga seramai 5 orang termasuk pemandu dengan selesa dan tenang yang pastinya menjadi kriteria penting kepada mereka yang tercari-cari sebuah sedan famili. Ruang kargo berkapasiti 458 liter, walaupun bersaiz sederhana, tetapi masih munasabah. Kata orang, tidak kurang dan tidak pula terlebih.

PRESTASI ENJIN MEMBERANGSANGKAN

Executive dan Dynamic menampilkan enjin natural aspirasi (NA) 4-silinder 2.0L Nu MPI  dengan transmisi konvensional, automatik 6-kelajuan yang menghasilkan kuasa 150hp pada 6,200rpm dan tork 192Nm (4,000rpm). Varian Sport dijana enjin Gamma 1.6L Turbo GDi dengan transmisi automatik dwi-klac (DCT) 7-kelajuan berkuasa 202hp pada 6,000rpm dan trok 265rpm (1,500-4,500rpm). Sport turut dibekalkan tiga mod pemanduan berbeza: Normal, Sport dan Eco. Berdasarkan spesifikasi ditawarkan, sudah tentu Sport ialah varian paling premium dalam barisan famili Elantra 2017.

Kedua-dua prestasi antara varian NA dan turbo tidak mengecewakan. Walaupun  enjin NA 2.0L pada Executive dan Dynamic agak linear dan bersahaja, tugas memandu dua varian itu sentiasa terkawal dalam apa jua situasi pemanduan. Tetapi fokus paling utama sudah tentu ledakan enjin turbo yang menjanjikan hantaran kuasa yang lebih dramatik menerusi varian Sport.

BACA >>> #IAA2017: Honda Civic 1.6L Diesel Mampu Gerak Sejauh 1,200km, Tork 300Nm!

Jika dibandingkan rakan sekelas, Civic 1.5 turbo berkuasa 170hp dan tork 220Nm, Elantra Sport nyata lebih ke depan (202hp, 265Nm) dengan kemampuan memecut 0-100kmj sepantas 7.7 saat. Ya, setengah saat lebih pantas daripada Civic Turbo!

Hal pengendalian Elantra Sport juga mantap menerusi aplikasi suspensi multilink yang kami juga harapkan dilengkapkan kepada dua varian di bawahnya. Tetapi, Executive dan Dynamic cuma diberikan suspensi lebih ringkas, yakni jenis tubular beam.

KESIMPULAN

Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia

Dua kumpulan varian Elantra (2017), 2.0L (Executive & Dynamic) dan 1.6L (Sport) masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan. Tiada isu kritikal dalam aspek prestasi dan pengendalian. Walaupun mengharapkan suspensi multilink untuk varian 2.0L supaya lebih sporty, tetapi suspensi konvensional tidak pula mengecewakan, terutama jika anda jenis pemandu berhemah dan tidak teliti sangat tentang aspek ‘ketajaman’ pengendalian. Dalam situasi normal, tiada perbezaan ketara antara 2.0L dan 1.6L dari segi keselesaan pengendalian.

Prestasi enjin memuaskan. Tiada masalah jika memilih 2.0L, dan jika mahu lebih sensasi pecutan dan keseronokan pemanduan, pilihlah varian turbo. Kekurangan versi turbo pula lebih kepada perihal kosmetik semata-mata. Selain itu, kata orang putih, ‘no big deals‘.

Paling seronok, ialah rekabentuk luaran yang didatangkan penuh gaya dalam rupa tersendiri. Lihatlah penampillan gril besar, susun atur lampu depan dan belakang, rim sport dan profil badan aerodinamik sporty yang kental dengan semangat Eropah. Pilihan tepat untuk mereka yang mahu melawan arus!

PRO
  • Rekaan luaran sporty dan trendy.
  • Enjin berkuasa, anjakan transmisi lancar.
  • Ruang kabin selesa.
KONTRA
  • Upholsteri merah menyala untuk varian turbo agak menyakitkan mata
  • Tiada soket 12V dan port USB di belakang.
  • Suspensi jenis beam untuk varian 2.0L.

GALERI

Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
Hyundai Elantra 2017 Malaysia
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai elantra baharu
hyundai Hyundai Elantra Hyundai Elantra 2.0L Dynamic Hyundai Elantra 2.0L Executive Hyundai Elantra Sport 1.6L Turbo Pandu uji Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

07/04/2026
Aksesori

Honda ZR-V 2026 dengan kit Mugen!

07/04/2026
PHEV

Denza B8 Kini Buka Pendaftaran Minat, SUV Off-Road Premium Bakal Tiba di Malaysia

06/04/2026
Volkswagen Atlas 2027 | NYIAS 2026
Roda4

#NYIAS2026: Volkswagen Atlas 2027 Serba Baharu Lancar di Amerika

05/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

By Shazwan Hisam04/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

By Syafie05/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.