• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PanduLaju, ArenaPermotoran Cuti Peristiwa Rai Kemenangan KL City FC

PanduLaju, ArenaPermotoran Cuti Peristiwa Rai Kemenangan KL City FC

December 1, 2021 By admin.pandulaju Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEMPENA meraikan kemenangan Kuala Lumpur City FC (KL City) menumpaskan Johor Darul Takzim FC (JDT) dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2021 malam tadi, pihak pengurusan GYL Media Services Sdn Bhd (GYL Media) mengumumkan cuti peristiwa selama sehari kepada semua staf PanduLaju dan ArenaPermotoran bermula tengah malam ini.

Dalam perlawanan malam tadi, pasukan KL City menewaskan JDT 2-0 dengan gol dijaringkan Zhafri Yahya pada minit ke-66 dan Paulo Josua, minit-74, sekali gus mengesahkan kemenangan julung kali buat kelab kecil itu.

Pengasas GYL Media, Abang Gan ketika ditanya mengenai cuti peristiwa diberikan adalah kerana lokasi syarikat yang beroperasi di ibu kota Kuala Lumpur sejak portal PanduLaju ditubuhkan.

Walaupun saya asal Negeri Sembilan, tak salah saya raikan kemenangan KL City sebab kami memang cari makan di KL. Ofis pun di KL di Jalan Klang Lama. Lagipun saya minat Shukor Adan sebab dia pernah main Negeri Sembilan."

Sementara itu pengasas bersama GYL Media, yang hanya mahu dikenali sebagai AO, nyata gembira dengan pengumuman cuti peristiwa itu atas alasan tersendiri.

Saya orang Kedah, tapi isteri dan dua anak saya memang orang KL dengan kad pengenalan 14. Jadi saya tumpang gembira."

Apabila ditanya pemain KL City FC yang dikenalinya, AO menjawab;

Sudah tentu saya kenal sebab saya memang mengikuti pasukan ini sejak sekian lama. Antara pemain kegemaran saya ialah Subadron Aziz, Azman Adnan dan Rashid Hassan," ujarnya sambil berlalu pergi.

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cuti Peristiwa, Johor Darul Takzim FC (JDT FC), Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Memo, Piala Malaysia 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev