• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / PANDU UJI: Mazda5 Terus Sukses Warisi Teknologi SKYACTIV

PANDU UJI: Mazda5 Terus Sukses Warisi Teknologi SKYACTIV

March 19, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1240912PENGENALAN teknologi SKYACTIV nyata berjaya mengubah  hala tuju jenama Mazda untuk terus sukses. Bermula dengan Mazda3 dan diikuti dengan Mazda6, Mazda5, CX-5 dan terbaharu Mazda2 yang menerapkan teknologi SKYACTIV berjaya mencetuskan fenomena baharu terhadap peminat automotif negara.

Jika anda masih ingat, Pandulaju.com pernah menyiarkan artikel pandu uji mengenai Mazda3 dan Mazda6. Ternyata saya teruja dengan penerapan teknologi baharu ini.

Kali ini agak sedikit berbeza apabila SKYACTIV diterapkan pada model MPV iaitu Mazda5.P1240937

APA ITU SKYACTIV

Teknologi SKYACTIC mampu membantu meningkatkan kecekapan, prestasi enjin dan transmisi. Tujuannya dibangunkan hanya satu iaitu agar ia menjadi lebih ringan dan cekap.

Menggunakan tema rekaan baru konsep 'KODO Soul of Motion' yang diinspirasikan dari model konsep Shinari dan Takeri, ia berjaya mencetuskan emosi dan keseronokan untuk memandu.

Hasil rekaan itu, tiga konsep iaitu kelajuan, ketegangan dan kehalusan telah digabungkan dalam rekaan KODO. Ia merangkumi elemen kejututeraan bagi setiap komponen untuk membangunkan sebuah kenderaan terbaik.

P1240906

P1240943    P1240954

P1240957LUARAN - Falsafah Nagare

Melihat keseluruhan bentuk badan Mazda5, ia tampak tidak berubah dan masih mempunyai garisan berombak sepanjang sisi yang merupakan sebahagian daripada falsafah rekabentuk Nagare.

Reka bentuk ini masih kelihatan baik selepas sekitar beberapa tahun walaupun falsafah Nagare itu telah digantikan oleh falsafah Kodo untuk lebih banyak model baru-baru ini.

DALAMAN – Kerusi 6+1

Memasuki ruangan kabin pula, Mazda5 menawarkan kerusi '6 + 1' yang mana kerusi satu lagi berada di bawah antara kedua-dua tempat duduk di barisan kedua

Dikenali sebagai kerusi ‘ Karakuri ‘, ia boleh bertukar menjadi kotak penyimpanan serta condong ke tepi untuk membolehkan akses berjalan ke barisan ketiga . Salah satu tempat duduk di barisan kedua juga boleh dilipat sehingga mendedahkan ruang penyimpanan di bawahnya.

P1240974

P1240965    P1240963

P1240977    P1240976

P1240971Selain itu, pintu gelunsur berkuasa pada kedua-dua sisi didatangkan standard dan ciri lain yang hadir termasuk bumbung matahari, sistem navigasi GPS dan sistem hiburan dengan monitor LCD yang diletakkan di belakang kedua-dua perehat kepala kerusi depan.

Bagi saya, penawaran ruang kabin agak luas dan sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga. Setakat enam penumpang masih lagi terasa selesa.

P1240948PRESTASI - 2.0L SKYACTIV-G

Mazda5 dipadankan dengan enjin 2.0L SKYACTIV-G bersama transmisi automatik 6-kelajuan SKYACTIV -Drive. Ia mampu menghamburkan kuasa maksimum sebanyak [email protected],000rpm dan tork 190Nm(4,100rpm). Atas kertas, pecutan dari sifar ke 100kmj mengambil masa sekitar 11.4 saat dengan kelajuan maksimum 194kmj.

Dari segi penggunaan bahan api pula, Mazda5 mencatatkan penggunaan pada kitaran gabungan 6.6L per 100kmj.

PEMANDUAN

Biarpun hanya sebuah MPV, gabungan rekaan KODO pada Mazda5 cukup sempurna. Sepanjang pemanduan, padanan enjin 2.0L agak lancar dan kedapan angin juga tidak begitu kedengaran.

Untuk pemanduan santai, Mazda5 cukup selesa sehingga merasakan sedang berada di dalam sebuah MPV mewah. Begitu juga ketika memandu dalam kelajuan tinggi, ia masih terasa stabil dan tidak memeningkan kepala penumpang.

P1240944Dijual pada harga RM157,279, model yang diimport sepenuhnya dari Jepun itu didatangkan dengan jaminan tiga tahun. Aspek keselamatan, Mazda5 memiliki dua beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Stabiliti Dinamik (DSC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan ISOFIX.

Pengguna turut diberikan empat pilihan warna menarik Aluminium Metallic, Crystal White Pearl Mica, Meteor Grey Mica dan Jet Black Mica.

SPESIFIKASI

ENJIN 2.0L SKYACTIV-G
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan SKYACTIV- Drive
KUASA MAKSIMUM [email protected],000rpm
TORK MAKSIMUM [email protected],100rpm
CIRI 2 beg udara, ABS, EBD, BA, DSC, TCS dan ISOFIX
HARGA RM152,279

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji Tagged With: bermaz Motor, KODO, mazda3, mazda5, Mazda6, Pandu uji Mazda5, Teknologi SKYACTIV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #BikinKereta: Twisted Mahu Bikin Suzuki Jimny, Pecah Rekod Dua Dekad Ubah Suai Defender
    #BikinKereta: Twisted Mahu Bikin Suzuki Jimny, Pecah Rekod Dua Dekad Ubah Suai Defender
  • Masalah Beg Udara, Toyota Amerika Utara Panggil Balik 96k Unit Corolla Cross
    Masalah Beg Udara, Toyota Amerika Utara Panggil Balik 96k Unit Corolla Cross
  • GWM Ora Bawa Sedan Elektrik Retro Premium ke UK, Jarak Pandu 482km!
    GWM Ora Bawa Sedan Elektrik Retro Premium ke UK, Jarak Pandu 482km!
  • Ducati Hypermotard 950 RVE (2024) Dapat Liveri Baharu dengan Grafik 'Street Art'
    Ducati Hypermotard 950 RVE (2024) Dapat Liveri Baharu dengan Grafik 'Street Art'

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my