• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Panas Hati Kena Hon, Pemandu Kancil Merah Main Libas Parang

Panas Hati Kena Hon, Pemandu Kancil Merah Main Libas Parang

August 3, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS menahan pemandu Perodua Kancil kerana bertindak ganas dengan mengejar dan menetak kenderaan lain di Sibu, Sarawak dalam insiden tular di Jalan Upper Lanang, pagi semalam.

Menurut polis, suspek pemandu Kancil berusia 27 tahun itu ditahan di kediamannya di Jalan Sukun kira-kira jam 1 petang semalam. Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan pengadu membunyikan hon.

Menurut polis lagi, polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 37 tahun yang mendakwa keretanya ditetak suspek tidak dikenali di lokasi kejadian.

Bertindak atas laporan diberikan, polis membuat serbuan di rumah suspek, dan menahannya, termasuk merampas sebilah parang sebagai barang kes. Suspek juga akan direman hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular sekurang-kurangnya dua video memaparkan aksi seorang pemandu Kancil merah melakukan aksi drift sambil mengacukan parang. Rakaman kedua pula mendedahkan aksi suspek berhenti dan keluar dari keretanya dengan membawa parang.

BACA >>> Honda Tidak Tolak Kemungkinan Hasilkan Civic Type R Versi Hibrid
BACA >>> Perodua Alza (2022) Dapat Rating Lima Bintang Asean NCAP!
BACA >>> Remuk Hati Pemilik, Perodua Alza Baru 2 Hari Guna Terlibat Kemalangan

SUMBER: TVS | Bob Jov | A-jamp MrAJ

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amuk Parang, autoterkini, Pemandu Samseng Jalanan, Perodua Kancil, Viral, Zulkipli Suhaili

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev