Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Palam Pencucuh Berganda – Mampukah Tingkat Prestasi atau Gimik Semata-Mata?
Roda2

Palam Pencucuh Berganda – Mampukah Tingkat Prestasi atau Gimik Semata-Mata?

ZYBy ZY27/10/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU silinder, 3 palam pencucuh (spark plug) dengan tiga kali ganda pembakaran! Bukankah macam cari nahas?

Mungkinkah ini persoalan yang terbayang dalam fikiran segelintir peminat motosikal tempatan ketika pelancaran Modenas Pulsar dan Benelli RFS150? Kedua-dua jentera tersebut didatangkan bersama teknologi enjin silinder tunggal SOHC dengan sokongan tiga palam pencucuh – Bajaj DTSi dan Benelli B3SP System.

BACA >>> Modenas Pulsar NS200 vs Yamaha FZ150i? 5 Perbandingan Streetbike Pilihan Rakyat Malaysia

Masing-masing pengeluar mendakwa teknologi tersebut bukan saja dapat meningkatkan prestasi enjin, tetapi pada masa sama memberikan penjimatan bahan api. Sejauh manakah kebenaran dakwaan itu?

BUKAN TEKNOLOGI BAHARU

Walaupun penggunaan palam pencucuh berganda untuk enjin motosikal di Malaysia hanya diperkenalkan tahun ini, teknologi seumpama itu sebenarnya sudah dipopularkan di negara kita sejak sedekad lalu. Ingatkah anda tentang model sedan Honda City i-DSI (intelligent Dual & Sequential Ignition)?

BACA >>> Benelli RFS 150iLE Edisi Terhad, Hanya 5,000 Unit di Malaysia – Siap Ada Nombor Siri Beb!

Sekitar 2003 di India, Bajaj Auto (rakan kerjasama Modenas) memperkenalkan teknologi dua palam pencucuh, digelar DTSi yang dibikin untuk motosikal bersesaran rendah. Teknologi itu terbukti mendapat sambutan hingga memaksa pengeluar motosikal lain di negara Asia Selatan itu, seperti TVS dan Royal Enfield turut memperkenalkan teknologi sama pada produk masing-masing.

Honda City i-DSI, antara kenderaan generasi awal yang menggunakan teknologi palam pencucuh berganda.

PALAM BERGANDA VS PALAM TUNGGAL

Apa yang mencetuskan keraguan, bagaimanakah palam pencucuh berganda dikatakan lebih baik jika cuma Bajaj yang giat merintis teknologi tersebut? Kenapa teknologi sama tidak digunakan pengeluar motosikal lain, terutama Jepun, ataupun KTM sendiri yang memang sedia bernaung di bawah Bajaj?

Jawapannya tersembunyi di sebalik konfigurasi rangkaian injap pilihan Bajaj.

Merujuk artikel SOHC dan DOHC, walaupun konfigurasi aci sesondol tunggal mempunyai kelebihan dari segi kos pembuatan rendah (antara sebab kenapa Bajaj memilih SOHC), tetapi kelemahan ketara dihadapi ialah posisi palam pencucuh tidak dapat diatur secara top dead center, iaitu titik tengah teratas pada silinder enjin. Ini menjadikan pembakaran kurang optimum, manakala operasi enjin pula kurang efisien berbanding DOHC.


Jadi, Bajaj tampil memperkenalkan teknologi Pencucuhan Palam Pencucuh Berganda Digital atau  Digital Twin Spark ignition (DTSi) dengan menambah satu palam pencucuh sokongan yang serenjang palam pencucuh utama, manakala sistem pencucuhan dikawal unit kawalan elektronik (ECU).

Mengambil kira kadar rev enjin, suhu dan faktor lain, palam-palam pencucuh yang diaktifkan pada masa-masa tertentu itu mampu membuatkan proses pembakaran lebih menyeluruh. Ini memberikan peningkatan kuasa dan penjimatan bahan api. Hasilnya melalui DTSi, Bajaj mampu menghasilkan produk motosikal yang ekonomi dan berkuasa kepada rakyat India. Malah, mampu bersaing dengan jenama motosikal premium lain.

BACA >>> Perbandingan Sportbike RM12K: Yamaha R15 atau Modenas Pulsar RS200?

Mengimbas semula keraguan di atas tentang kebaikan teknologi palam pencucuh berganda, penggunaan teknologi palam pencucuh berganda itu hanya bermanfaat bagi konfigurasi SOHC, khususnya Bajaj. Sebab kenapa jenama atau pengeluar asing seperti Yamaha, Honda dan KTM tiada kepentingan menggunakan teknologi palam pencucuh berganda adalah kerana:

  • Konfigurasi DOHC untuk palam pencucuh tunggal sedia ada sudah cukup efisien.
  • Kekuatan jenama membolehkan pengeluar asing menawarkan motosikal berspesifikasi tinggi berharga premium dan masih mendapat sambutan pembeli.

PALAM PENCUCUH GANDA TIGA

Pengenalan teknologi palam pencucuh berganda untuk aplikasi motosikal nyata membawa cabaran baharu buat Bajaj. Pada awal pengenalan, teknologi berkenaan dikritik hebat, di mana sesetengah pemilik mendakwa enjin Pulsar mengalami masalah ketukan (knocking) pada rev tinggi akibat pembakaran berulang yang lebih pantas dan kerap.

Namun, enggan mengalah dan berpisah dengan teknologi dipatenkan, Bajaj melakukan penambahbaikan ke atas DTSi yang membawa kepada penghasilan satu palam pencucuh utama dan dua palam pencucuh sokongan (tiga palam pencucuh keseluruhan).

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran

Selain pembakaran jadi lebih efisien dan stabil dengan dua palam pencucuh, penggunaan tiga palam pencucuh pula mampu memaksimumkan lagi pembakaran dan mengurangkan pelepasan sisa, sekali gus meminimumkan penggunaan penukar pemangkin atau catalytic converter pada sistem ekzos. Ini secara tidak langsung merendahkan kos pembuatan motosikal.

Mari tonton penjelasan Bajaj menerusi video di bawah (lihat minit 1:23).


KESIMPULAN

Apakah teknologi seperti Bajaj DTSi dan Benelli B3SP System bermanfaat? Atau sekadar gimik pemasaran semata-mata?

Kedua-dua jawapan ialah YA.

Secara teori, pembakaran jadi lebih efisien menerusi penggunaan palam pencucuh berganda dan turut mampu meningkatkan prestasi dan menjimatkan bahan api. Namun, tidak dinafikan pengenalan teknologi baharu itu, berserta terma unik juga membantu strategi pemasaran pengeluar (terutama Bajaj) dalam mengukuhkan jenama mereka di pasaran tempatan.

SUMBER: Zigwheels 2012 Bajaj Pulsar review

autotainment b3sp bajaj benelli dtsi Modenas palam pencucuh palam pencucuh berganda roda2 sohc vs dohc spark plug triple spark twin spark
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Tahukah Anda

#TahukahAnda: 1, 2 atau 4-Piston: Apa Perbezaan Angkup Brek dan Mana Lebih Bagus?

01/07/2026
Auto Terkini

Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

30/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

28/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

28/06/2026

2 Comments

  1. din on 28/08/2017 23:23

    690 guna dua plug…

    Reply
  2. Daus on 07/11/2019 11:11

    Maybe kena masukkan pulsar ni jenis short stroke. Piston besar. So masuk 3 plug muat lah. Kelebihan short stroke ni rpm cepat naik so torque tinggi. Sedap je tarik walaupun single silinder. Sayangnya dominar baru belum ade di Malaysia. Triple spark tetapi dohc. Nak tau juga performance dia.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.