Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakar Setuju Hukuman Berat, Setimpal Terhadap Pemandu Mabuk
Auto Terkini

Pakar Setuju Hukuman Berat, Setimpal Terhadap Pemandu Mabuk

Han OthmanBy Han Othman27/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INSIDEN kemalangan maut yang semakin menjadi-jadi disebabkan sikap pemandu mabuk memang perlu dipandang serius dan sudah tiba masa Kerajaan mengetatkan dan menambah hukuman sedia ada terhadap pesalah.

Buat masa ini, pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan nyawa akan didakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda hingga RM20,000.

Namun, rentetan insiden kemalangan akibat pemandu mabuk membuatkan orang awam marah hingga ada yang menuntut ‘hutang nyawa dibayar nyawa’, terutama ke atas mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian.

Pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim (foto atas) berkata, peningkatan kes kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk sejak akhir-akhir ini memerlukan Kerajaan melakukan tindakan drastik dengan menggubal undang-undang lebih tegas untuk menghukum pesalah.

Beliau berkata, undang-undang sedia ada untuk menghukum pesalah dilihat terlalu ringan hingga menyebabkan ramai pemandu memandang enteng kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Menurutnya;

Ada pemandu yang tidak mematuhi peraturan sehinggakan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun masih melakukan kesalahan itu. Jangan beri peluang kedua kepada pelaku.

“Penalti atau hukuman di bawah akta sedia ada dilihat tidak memberi kesan kerana terdapat segelintir pemandu yang tidak serik untuk memandu selepas mengambil minuman yang mengandungi alkohol.”

Shahul Hamid turut menyambut baik cadangan Kerajaan meminda Akta Pengangkutan Jalan berhubung kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, tetapi menggesa pelaksanaan disegerakan.

BACA >>> Mabuk Punca Myvi Masuk Rel Kereta Api Kerana Sangka Pengadang Plaza Tol

HUKUMAN DRASTIK, SETIMPAL

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Noor Azlan Mohd Noor (foto atas) menggesa tindakan drastik diambil terhadap pesalah sementara menunggu hukuman dan akta sedia ada dipinda kepada lebih tegas.

Beliau berkata;

Mungkin lebih ramai akan jadi mangsa pemandu mabuk ini, maka sebelum akta lebih keras dikenakan, tindakan boleh diambil terlebih dahulu pihak berkuasa memandangkan pindaan akta belum dilaksanakan.”

Noor Azlan juga menggesa hukuman mandatori setimpal dikenakan sebagai kesedaran kepada individu yang memandu dalam keadaan mabuk supaya insiden kemalangan maut atau kecederaan ke atas pengguna jalan raya lain dapat dielakkan.

Menurutnya, selain hukuman berat terhadap pesalah, bakal pemandu juga perlu diberikan kesedaran dan pendidikan terlebih dahulu pada peringkat permulaan, iaitu sebelum dapat lesen memandu.

637 KEMALANGAN AKIBAT ALKOHOL

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 637 kematian akibat pemandu mabuk sepanjang 2014-2018. Semalam, media melaporkan sesi taklimat di Kementerian Pengangkutan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan akan diadakan pada 1 Jun ini bagi meneliti dan menyemak semua cadangan menegnai pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada 3 Mei lalu, seorang anggota polis bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat Kajang, maut selepas dilanggar pemandu trak pikap yang disahkan mabuk.

Pada 23 Mei lalu, seorang lelaki yang juga memandu trak pikap  didakwa merempuh gerai penjaja dan orang awam di bazar Ramadan dekat Pekan, Pahang yang mana siasatan awal polis mendapati suspek mabuk. Paling terbaharu adalah insiden semalam apabila seorang lelaki maut selepas keretanya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu melawan arus, juga berpunca akibat pengaruh alkohol, di Jalan Pintasan Kuantan, Pahang.

BACA >>> Polis Maut Kena Rempuh Pemandu Trak Pikap Ingkar PKP, Dipercayai Mabuk
BACA >>> Dua Bulan Koma Dirempuh Pemandu Mabuk, Ibu Lima Anak Akhirnya Pergi Jua…

SUMBER: Bernama

Akta Pengangkutan Jalan 1987 Auto Terkini Datuk Shahul Hamid Abd Rahim Hukuman Pemandu Mabuk Prof Madya Dr Noor Azlan Mohd Noor
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.