Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakar: Mansuh Cukai Jalan Motosikal Bawah 150cc Bukan Langkah Bijak
Auto Terkini

Pakar: Mansuh Cukai Jalan Motosikal Bawah 150cc Bukan Langkah Bijak

SyafieBy Syafie12/08/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Prof Dr Law Teik Hua - UPM

CADANGAN pemansuhan cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi motosikal bawah 150cc mungkin kedengaran sebagai langkah meringankan beban rakyat, tetapi berpotensi menjejaskan usaha Kerajaan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, langkah itu juga akan mengurangkan sumber dana bagi pembinaan dan penaiktarafan jalan raya negara ini.

Cukai Jalan Bantu Dana Penyelenggaraan, Keselamatan

Cukai jalan motosikal

Dr Law berkata, walaupun kadar cukai jalan bagi motosikal bawah 150cc rendah, tetap memberi sumbangan kepada perbelanjaan membina dan menyelenggara infrastruktur jalan raya.

Objektif utama cukai adalah memastikan jalan raya dapat dibina dan dibaik pulih. Jika dimansuhkan, siapa akan membayar kos tersebut?” katanya.

Menurutnya, walaupun motosikal kurang memberi impak kepada kerosakan jalan, pemansuhan cukai jalan akan memberi isyarat seakan menggalakkan lebih ramai, terutama anak muda menggunakan kenderaan persendirian.

Penggunaan Motosikal, Risiko Keselamatan

Penunggang motosikal di Malaysia

Dr Law turut mempersoalkan rasional cadangan tersebut memandangkan Kerajaan kini giat mempromosi penggunaan pengangkutan awam.

Pemansuhan cukai ini ibarat dorongan untuk rakyat mendapatkan lesen motosikal dan membeli motosikal baharu, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan. Kita bercakap soal nyawa, bukankah lebih baik kita galakkan mereka naik bas, LRT atau MRT?” katanya.

Cadangan Alternatif: Kurangkan, Bukan Hapuskan

Jika Kerajaan mahu mempertimbang bantuan kepada pemilik motosikal, beliau mencadangkan supaya cukai jalan dikurangkan, bukan dimansuhkan sepenuhnya.

Langkah itu boleh diterima jika terdapat alasan kukuh seperti keadaan ekonomi kurang baik, memandangkan kebanyakan pengguna motosikal datang daripada golongan berpendapatan rendah.

Data Menunjukkan Kepadatan Kenderaan Semakin Serius

Berdasarkan Statistik Tahunan Pengangkutan Malaysia 2024, jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia mencecah 38.7 juta unit, bersamaan 727 kenderaan bagi setiap 1,000 penduduk, melebihi jumlah penduduk negara iaitu 34.1 juta orang.

Daripada jumlah itu, 18.1 juta ialah kereta dan 17.5 juta ialah motosikal. Pertumbuhan tersebut didorong jualan kenderaan baharu mencecah 816,747 unit pada 2024, tertinggi dalam sejarah industri automotif negera.

Peningkatan Kenderaan Bertentangan Dasar Pengangkutan Awam

Kerajaan sebelum ini mengumumkan projek mega MRT3 bernilai anggaran RM68 bilion bagi meningkatkan mobiliti trafik dan mengurangkan kesesakan jalan raya.

Namun kadar penggunaan pengangkutan awam Malaysia masih rendah iaitu sekitar 25 peratus, jauh ketinggalan berbanding Singapura (67 peratus), Tokyo (73 peratus) dan Seoul (63 peratus).

Keutamaan Patut Diberi kepada Pengangkutan Awam

Bantuan Pengangkutan Awam

Pemansuhan cukai jalan motosikal bawah 150cc berisiko memberikan isyarat salah kepada rakyat, sebaliknya Kerajaan wajar menumpukan kepada:

  • Meningkatkan kualiti, liputan dan akses pengangkutan awam.
  • Mengurangkan cukai secara bersasar kepada golongan B40 jika perlu.
  • Menggunakan dana cukai jalan untuk menaik taraf infrastruktur dan keselamatan jalan raya.

Kita mesti tentukan arah. Adakah kita mahu mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan, atau memberi galakan kepada penggunaan kenderaan persendirian?” – Prof Dr Law Teik Hua, Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Fakulti Kejuruteraan UPM

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Cukai Jalan Motosikal Kenderaan Persendirian Lesen Kenderaan Motor (LKM) Mansuh Cukai Jalan Motosikal Bawah 150cc Motosikal 150cc pakar Profesor Madya Dr. Law Teik Hua Universiti Putra Malaysia (UPM)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.