Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pakar: Lebih 4.4j Kenderaan Berusia Lebih 20 Tahun Masih Aktif di Jalan Raya Malaysia
Auto Terkini

Pakar: Lebih 4.4j Kenderaan Berusia Lebih 20 Tahun Masih Aktif di Jalan Raya Malaysia

SyafieBy Syafie11/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEBIH 4.4 juta kenderaan berusia lebih 20 tahun masih aktif di jalan raya Malaysia yang kebanyakannya tanpa ciri keselamatan moden seperti beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan struktur kabin bertetulang.

Data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan, jumlah itu mewakili hampir 17.1 peratus daripada keseluruhan 25.7 juta kenderaan aktif di negara ini.

Pakar keselamatan jalan raya memberi amaran, trend itu bukan saja membahayakan pemandu dan penumpang, tetapi meningkatkan risiko kemalangan maut dan pencemaran alam sekitar.

Insentif RM4,000 dalam Belanjawan 2026 Langkah Tepat

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, pemberian insentif RM4,000 di bawah Belanjawan 2026 kepada pemilik kenderaan lama yang menukar kepada kereta nasional baharu sebagai langkah tepat pada masa.

Kereta lama tidak mempunyai ciri penting seperti ESC, beg udara dan struktur kabin bertetulang, semua faktor yang meningkatkan peluang untuk terselamat ketika kemalangan.”

Dari sudut alam sekitar, Dr Law menjelaskan, enjin lama lebih tidak efisien dan tiada teknologi kawalan emisi moden, sekali gus menjadikan kenderaan tersebut penyumbang utama kepada pencemaran udara.

Menggantikan kenderaan lama memberi manfaat bukan hanya kepada pemilik, tetapi kepada masyarakat secara keseluruhan.”

Kos Baik Pulih Tinggi, Nilai Pasaran Rendah

Beliau turut menyatakan, selepas dua dekad penggunaan, kebanyakan kenderaan mengalami kemerosotan struktur dan mekanikal seperti sistem suspensi, penyerap hentak dan brek yang haus, selain risiko karat pada kerangka utama.

Sensor beg udara dan tali keledar juga boleh gagal berfungsi selepas tempoh panjang.

Kos mengembalikan kenderaan lama kepada tahap selamat sebenar selalunya melebihi nilai pasaran kereta itu sendiri, dan sebab itu ramai pemilik mengabaikan penyelenggaraan penting.”

Sebagai perbandingan, nilai pasaran kereta berusia 20 tahun hanya sekitar RM2,000 hingga RM5,000, manakala harga sekerap boleh jatuh serendah beberapa ratus ringgit.

Sebagai rujukan, model nasional paling mampu milik ketika ini, Perodua Axia E 1.0 Manual dijual pada harga sekitar RM22,000.

Isyarat Dasar Baharu ke Arah Armada Lebih Moden

Pakar dasar pengangkutan dan pengasas MY Mobility Vision, Wan Agyl Wan Hassan menganggap insentif pelupusan RM4,000 itu bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi isyarat dasar jangka panjang untuk memperbaharui armada kenderaan negara.

Insentif ini menunjukkan kita akhirnya serius tentang pemodenan armada, keselamatan jalan raya dan kawalan pencemaran.”

Beliau berkata, kajian menunjukkan pemandu kenderaan lama berisiko kematian lebih tinggi berbanding pengguna kenderaan baharu, selain mencatat emisi 40 peratus lebih tinggi daripada model moden.

Selain memberi kesan positif terhadap keselamatan dan alam sekitar, langkah itu turut membantu merangsang rantaian bekalan automotif tempatan serta membuka peluang pekerjaan baharu.

Perlu Langkah Tambahan Bantu Pemilik Kenderaan Lama

Dr Law dan Wan Agyl berpandangan Kerajaan wajar memperkenalkan langkah tambahan bagi menjadikan proses pemodenan kenderaan lebih mampu milik. Antara cadangan termasuk:

  • Insentif cukai atau bantuan kewangan untuk pembelian kereta terpakai lebih moden dan selamat
  • Rebat bayaran deposit untuk model kompak atau kenderaan cekap tenaga (EEV)
  • Struktur cukai jalan berasaskan emisi bagi menggalakkan penggunaan kenderaan mesra alam dan selamat

Keselamatan dan kelestarian harus seiring kelebihan ekonomi, bukan sekadar matlamat atas kertas.”

Kenderaan Lama: Risiko Nyata di Jalan Raya Malaysia

Dengan lebih 4 juta kenderaan berusia dua dekad masih digunakan, pakar mengingatkan, tanpa langkah penggantian dan dasar sokongan menyeluruh, risiko keselamatan dan pencemaran akan terus meningkat.

Insentif pelupusan RM4,000 diharap menjadi permulaan kepada transformasi besar industri automotif tempatan, sekali gus memastikan jalan raya Malaysia lebih selamat, moden dan lestari untuk semua.

SUMBER: NST

Auto Terkini Belanjawan 2026 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kenderaan Berusia kereta lama Kereta Lebih 20 Tahun
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.