Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ops Ambang Tahun Baharu 2023, PDRM Buru Motosikal Bikin
Auto Terkini

Ops Ambang Tahun Baharu 2023, PDRM Buru Motosikal Bikin

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize30/12/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


Polis Pulau Pinang bakal menjalankan Ops Ambang Tahun Baharu 2023 seluruh negeri itu bagi membanteras kegiatan mat rempit dan lumba haram bermula 30 Disember 2022 (hari ini) hingga 1 Januari 2023.

Ketika ini, PDRM sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya 13 kawasan yang sering menjadi tumpuan mat rempit dan samseng jalanan untuk berkumpul serta berlumba haram, terutama cuti umum atau malam minggu.

BACA>>>Penjara untuk Pelumba Haram, Denda RM10k Jika Ubah Suai Enjin, Ekzos Motor
BACA>>>JPJ: Pemilik Bengkel Pun Boleh Kena Tindakan Kalau Setuju Ubah Suai Motosikal Pelanggan

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Fisol Salleh berkata, pihaknya tidak hanya menumpukan 13 kawasan tersebut sahaja sebaliknya operasi ini akan dijalankan di seluruh Pulau Pinang bagi membanteras kegiatan mat rempit di negeri berkenaan.

Operasi itu menyaksikan 1,081 anggota dan pegawai polis Kontinjen Pulau Pinang dikerah sepanjang operasi berkenaan bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam. Operasi itu turut dibantu agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi lain.

Dalam operasi itu, polis juga akan menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan, terutama motosikal diubah suai terutama melibatkan pengubahsuaian ekzos dengan penglibatan JAS.

Tindakan sita akan dibuat menurut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika didapati bersalah mengubah suai secara haram.

Fisol turut menegaskan bengkel yang menjalankan kegiatan mengubah suai motosikal secara haram, terutama melibatkan mat rempit juga akan diperiksa. Sejak Januari tahun ini, seramai 108 mat rempit ditahan, manakala puluhan bengkel di negeri itu diperiksa dan dikenakan tindakan.

Ops Ambang Tahun Baharu 2023 juga menumpukan kesalahan lain seperti pencegahan jenayah dan operasi tempat parkir haram dilakukan di kawasan tumpuan pelancong.

Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama kegiatan samseng jalanan bagi memastikan ambang tahun baharu di Pulau Pinang tidak dikotori kegiatan mat rempit dan lumba haram.

SUMBER: Bernama

mat rempit ops ambang tahun baharu 2023 PDRM polis Pulau Pinang Samseng Jalanan
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.