Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Operasi Roboh Kediaman Kampung Jawa untuk Projek WCE Berakhir Lancar, Aman
Auto Terkini

Operasi Roboh Kediaman Kampung Jawa untuk Projek WCE Berakhir Lancar, Aman

SyafieBy Syafie03/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Operasi roboh kediaman Kampung Jawan berjalan lancar

OPERASI merobohkan kediaman di Kampung Jawa, Klang, bagi pembinaan Seksyen 3 Lebuhraya Pantai Barat (WCE) berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, keselamatan sepanjang operasi terkawal apabila jumlah anggota dikerah mencukupi dan orang ramai memberikan kerjasama baik.

Keadaan sepanjang operasi baik dan terkawal. Saya ucapkan terima kasih kepada masyarakat atas kerjasama diberikan.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis sentiasa membuat persiapan bagi memastikan situasi terkawal,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.

19 Rumah Dirobohkan Seawal 8 Pagi

Operasi roboh kediaman Kampung Jawan berjalan lancar

Tinjauan media di lokasi mendapati 19 kediaman di kawasan seluas kira-kira 0.73 hektar mula dirobohkan seawal jam 8 pagi, sekali gus menandakan tamatnya konflik panjang membabitkan jajaran projek berkenaan.

Isu tersebut sudah berlarutan hampir enam tahun, melibatkan sebahagian kecil penduduk yang enggan mematuhi arahan pengambilan tanah, sekali gus menghalang penyiapan jajaran sepanjang kira-kira 150 meter.

Tergendala Hampir 20 Bulan

Seksyen 3 Lebuhraya WCE

Pertikaian berkenaan turut menyebabkan kerja pembinaan di Seksyen 3 WCE tergendala selama lebih 20 bulan, walaupun projek lebuh raya itu sudah mencapai lebih 90 peratus siap.

Seksyen terbabit menjadi antara faktor utama kelewatan keseluruhan projek lebuh raya sepanjang 314.5km itu, yang diumumkan pada 2012 dengan kos pembangunan dianggarkan sekitar RM7.07 bilion.

Langkah Penting Penyempurnaan Projek

Peta laluan Lebuhraya WCE

Dengan berakhirnya konflik di Kampung Jawa, proses pembinaan turut dijangka dapat diteruskan sepenuhnya bagi memastikan jajaran berkenaan disambung semula sebelum lebuh raya itu dapat dioperasikan sepenuhnya buat pengguna.

Pembukaan penuh Lebuhraya WCE dijangka memberi impak positif terhadap kelancaran trafik Pantai Barat, dan mengurangkan beban perjalanan di laluan utama sedia ada, terutama di sekitar Klang, Banting dan Telok Panglima Garang.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Kampung Jawa Lebuhraya Pantai Barat  (WCE) Lebuhraya WCE Polis Selangor Seksyen 3 WCE
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.