Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Operasi Aerotrain KLIA Kini Capai 100 Peratus, Rekod 19 Gangguan
Auto Terkini

Operasi Aerotrain KLIA Kini Capai 100 Peratus, Rekod 19 Gangguan

SyafieBy Syafie13/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Operasi Aerotrain kini kembali stabil - Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah

SISTEM Aerotrain Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan dalam keadaan stabil sepenuhnya selepas merekodkan 19 gangguan operasi antara 2 Julai dan 30 September tahun ini.

Aerotain KLIA kini dalam kadar ketersediaan operasi mencapai 100 peratus.

Operasi Kini 100 Peratus Stabil Selepas Naik Taraf


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata di Dewan Rakyat, Aerotrain kini beroperasi secara stabil selepas projek naik taraf utama disiapkan 30 Jun lalu dan kembali beroperasi pada 1 Julai 2025.

Kadar ketersediaan operasi sejak Julai hingga 8 Oktober mencatatkan 99.19 peratus. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, sistem sudah mencapai kestabilan penuh.”

Beliau turut menjelaskan projek naik taraf itu kini berada dalam tempoh liabiliti kecacatan selama dua tahun.

5.33 Juta Penumpang, Hampir 40,000km Ditempuh

Aerotrain KLIA beroperasi sepenuhnya.

Sejak kembali beroperasi, sistem Aerotrain sudah membawa lebih 5.33 juta penumpang dan menempuh 39,900km perjalanan dalam tempoh tiga bulan pertama.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga bekerjasama rapat dengan pengeluar tren, Alstom bagi memastikan setiap isu teknikal dapat ditangani segera.

Punca Gangguan: Faktor Teknikal, Kecuaian Penumpang

Menurut Hasbi, 19 gangguan yang direkodkan berpunca daripada gabungan faktor teknikal dan manusia, termasuk isu sistem isyarat, termasuk penumpang yang cuba membuka pintu tren secara manual.

Bagi mengelakkan gangguan berulang, pegawai teknikal kini ditempatkan dalam tren untuk menangani masalah serta-merta.

Denda hingga RM190,000 Jika Prestasi Gagal Dipatuhi

Menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin, Hasbi menjelaskan Alstom boleh dikenakan penalti hingga RM190,000 sebulan jika gagal mengekalkan piawaian prestasi ditetapkan.

Pengilang perlu memastikan 100 peratus ketersediaan tren untuk operasi satu tren, dan 99.6 peratus apabila dua tren digunakan. Toleransi prestasi ini sangat ketat,” katanya.

Beliau menegaskan prestasi semasa Aerotrain kini berada pada tahap maksimum dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan terus bekerjasama dengan pengilang bagi mengekalkan standard operasi terbaik.

SUMBER: TheStar

Aerotrain KLIA Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.