Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Op Lancar Deepavali: Kemalangan Maut Turun 9.8 Peratus, Saman Trafik Susut 8,700 Kes
Auto Terkini

Op Lancar Deepavali: Kemalangan Maut Turun 9.8 Peratus, Saman Trafik Susut 8,700 Kes

SyafieBy Syafie24/10/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Statistik kemalangan dan saman menurun sepanjang Op Lancar Deepavali

STATISTIK Op Lancar Deepavali 2025 menunjukkan perkembangan positif yang menyaksikan penurunan jumlah kemalangan maut dan saman trafik, menandakan tahap kesedaran pengguna jalan raya semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jumlah kemalangan maut sepanjang operasi 17 hingga 21 Oktober mencatatkan penurunan 9.8 peratus, dengan 82 kes tahun ini berbanding 90 kes (2024).

Jumlah kematian turut menurun 12 peratus, iaitu 85 mangsa berbanding 96 orang tahun lalu.

Motosikal Kekal Penyumbang Tertinggi

Walaupun jumlah berkurangan, penunggang dan pembonceng motosikal masih menjadi penyumbang utama kematian di jalan raya, dengan 61 mangsa (72 peratus) daripada keseluruhan kes. Bagaimanapun angka itu menunjukkan penurunan 20 peratus berbanding 76 kematian (2024).

Daripada 8,940 kes kemalangan yang direkodkan sepanjang operasi, jalan bandaran mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 3,952 kes (44 peratus). Ini disusuli Jalan Negeri (18.4 peratus) dan Jalan Persekutuan (13.3 peratus).

Saman Trafik Turun Lebih 8,000

Polis turut merekodkan penurunan saman tradik (43,379 saman) tahun ini, berbanding 52,090 saman pada 2024, menurun 8,711 saman.

Mohd Yusri berkata lagi, angka itu mencerminkan peningkatan disiplin pengguna jalan raya terhadap peraturan lalu lintas dan undang-undang jalan raya.

Hampir 10 Juta Kenderaan di Lebuh Raya

Sepanjang tempoh operasi, 9.9 juta kenderaan direkodkan menggunakan rangkaian lebuh raya utama negara seperti:

  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)
  • Lebuhraya Karak (1.2 juta kenderaan)
  • Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) (618,173 kenderaan)

Operasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Penurunan kadar kemalangan maut dan saman trafik sepanjang Op Lancar Deepavali membuktikan keberkesanan usaha penguatkuasaan dan kempen keselamatan jalan raya dijalankan pihak berkuasa.

Namun, penunggang motosikal masih kekal sebagai kumpulan paling berisiko, dan pengguna diingatkan terus mengamalkan pemanduan berhemah supaya momentum positif ini dapat dikekalkan pada musim perayaan akan datang.

SUMBER: FB Polis Diraja Malaysia Official

Auto Terkini Deepavali 2025 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Op Lancar Deepavali
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

Dongfeng 007, Dongfeng VIGO Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM100k!

08/02/2026
Kenta Kon - Presiden dan CEO baharu Toyota
Auto Terkini

Kenta Kon Dilantik Presiden, CEO Baharu Toyota!

08/02/2026
Auto Terkini

Sony Honda Mobility Tampil Model Baharu AFEELA Prototype 2026, AFEELA 1 Keluar Tahun Ini!

06/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.