Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Sony Honda Mobility Dedah EV AFEELA Prototype 2026, AFEELA 1 Keluar Tahun Ini!
Kenderaan Elektrik (EV)

Sony Honda Mobility Dedah EV AFEELA Prototype 2026, AFEELA 1 Keluar Tahun Ini!

Abang HirataBy Abang Hirata09/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

AFEELA Prototype 2026

SYARIKAT teknologi mobiliti hasil kerjasama Sony Group Corporation dan Honda Motor Co Ltd, Sony Honda Mobility memulakan 2026 dengan langkah besar.

Sempena acara Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2026 di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), Sony Honda Mobility mendedahkan AFEELA Prototype 2026 buat kali pertama kepada umum.

AFEELA 1

Syarikat ditubuhkan 2022 itu menggabungkan kepakaran teknologi maklumat Sony dengan kecemerlangan kejuruteraan automotif Honda untuk menerajui inovasi mobiliti masa depan.

Evolusi Ruang Hiburan Kreatif

AFEELA Prototype 2026
AFEELA Prototype 2026

Model prototaip terbaharu itu dibangunkan berasaskan visi ‘Mobiliti sebagai Ruang Hiburan Kreatif’.

AFEELA Prototype 2026 mengekalkan konsep asas yang diperkenalkan pada model terdahulu, tetapi menawarkan keanjalan ruang kabin lebih tinggi bagi memberikan keselesaan maksimum kepada pengguna.

Melalui pendekatan Vehicle AI, model itu bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi berupaya memahami emosi dan pilihan pemandu untuk mengoptimum nilai masa serta ruang sepanjang perjalanan.

Teknologi AI, Pemanduan Autonomi

AFEELA Prototype 2026
AFEELA Prototype 2026

Dari aspek teknikal, Sony Honda Mobility menggunakan platform Snapdragon Digital Chassis daripada Qualcomm Technologies untuk arkitektur Elektrikal/Elektronik (E/E) generasi akan datang.

Sistem bantuan pemandu, AFEELA Intelligent Drive kini beralih kepada model kecerdasan buatan (AI) jenis hujung-ke-hujung (lengkap) yang menyepadukan Vision Language Model.

Ciri itu bermula dengan sokongan Tahap 2+ dan disasarkan untuk mencapai teknologi setaraf Tahap 4 pada masa depan bagi membolehkan pemandu menikmati kandungan hiburan sepenuhnya tanpa perlu fokus kepada pemanduan.

Interaksi Manusia, Mobiliti

AFEELA 1

Satu lagi pembaharuan utama adalah penggunaan Azure OpenAI daripada Microsoft untuk fungsi AFEELA Personal Agent. Ejen peribadi itu membolehkan interaksi dialog yang natural dan unik bagi setiap individu.

Bagi memperluas ekosistem digital kenderaan, program penciptaan bersama AFEELA Co-Creation Program  diperkenalkan yang membolehkan pencipta luar membangunkan kandungan hiburan, aplikasi dan perkhidmatan luaran menerusi API awan termasuk persekitaran pembangunan aplikasi Android pada sistem IVI kenderaan.

Platform Perkhidmatan Berasaskan Token

Sony Honda Mobility turut membangunkan platform perkhidmatan mobiliti terbuka jenis on-chain yang memanfaatkan model insentif berasaskan token menggunakan teknologi kripto.

Platform itu dibangunkan berasaskan konsep X-to-Earn, membabitkan ekosistem tiga kitaran utama:

  • Pencetusan idea
  • Pembangunan dan Penggunaan
  • Penilaian perkhidmatan mobiliti

Selain itu, platform tersebut dirancang dibuka kepada pengeluar kenderaan dan penyedia perkhidmatan lain bagi mempercepat kerjasama secara terbuka.

AFEELA 1 Keluar Tahun Ini!

AFEELA 1
AFEELA 1

Apa khabar model sulung AFEELA 1 selepas beberapa tahun? Model berkenaan dijadualkan mula dihantar kepada pelanggan di California, AS tahun ini (2026), manakala pasaran Arizona bermula 2027.

Di Jepun, penghantaran dijangka bermula separuh pertama 2027. Bagi AFEELA Prototype 2026, model terbaharu itu akan menjadi asas kepada model pengeluaran yang disasarkan untuk pasaran AS pada 2028 dan seterusnya.

AFEELA Prototype 2026
AFEELA Prototype 2026
AFEELA Prototype 2026
AFEELA Prototype 2026
AFEELA Prototype 2026
AFEELA Prototype 2026
AFEELA 1
AFEELA 1
AFEELA 1
AFEELA 1
AFEELA 1
AFEELA 1
AFEELA 1
AFEELA 1
AFEELA 1
AFEELA 1
AFEELA 1
Studio AFEELA
Studio AFEELA
Studio AFEELA
AFEELA Afeela 1 AFEELA Prototype CES 2026 Honda Pameran Auto Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2026 Sony Sony Honda Mobility Sony Honda Mobility Inc.
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Bugatti W16 Mistral 'Caroline' 
    Roda4

    Bugatti W16 Mistral ‘Caroline’ 2026 – Roadster Hiper Terakhir Era W16

    03/04/2026
    Auto Terkini

    Xiaomi SU7 Generasi Baharu (2026) Lancar, Jarak Sehingga 902 km, Cas Pantas 12 Minit!

    03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    03/04/2026
    Toyota Hilux BEV 2026 | Malaysia
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Hilux BEV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM226,300!

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    By Syafie03/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.