Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Ok Tak Cuci Kereta Guna ‘Chemical’? Ketahui 3 Tip Mudah Tanggalkan Kotoran Degil
Autotainment

Ok Tak Cuci Kereta Guna ‘Chemical’? Ketahui 3 Tip Mudah Tanggalkan Kotoran Degil

Han OthmanBy Han Othman17/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


“MAU cuci chemical ka? Itu kotor susah hilang..” Mungkin anda sudah biasa mendengar kata-kata ini yang dituturkan abang Bangladesh kita di premis cuci kereta. Kebiasaannya pemilik kereta warna cerah, terutama putih kerap menjadi sasaran soalan berkenaan.

Ini kerana kotoran pada kereta putih memang mudah kelihatan walaupun sekali pandang tidak berapa ketara. Tetapi, jika diamati lebih dekat, terutama bahagian bampar dan skirt tepi, anda akan perasan ada kotoran degil yang sukar ditanggalkan dengan sabun cuci biasa seperti kesan tar atau serangga mati terpenyek.

BACA >>> 5 Bahagian Dalaman Kereta yang Ramai Pemandu Terlupa Cuci

APAKAH CUCIAN ‘CHEMICAL’ BAGUS?

Tidak. ‘Chemical’ (biasanya warna cecair merah) yang sering digunakan kebanyakan premis cuci kereta ialah agen peluntur yang sangat kuat dan mampu merosakkan lapisan perlindungan cat kereta. Jika digunakan berulang kali, bahan kimia itu bukan saja akan memudarkan warna cat, tetapi turut menipiskan lapisan cat.

Sebenarnya, ada beberapa penyelesaian mudah, murah dan selamat yang boleh digunakan untuk menanggalkan kotoran degil seperti tar ketika cuci kereta. Antaranya ialah:

1. PENANGGAL TAR (TAR REMOVER)

penanggal-tar-pandulajudotcomdotmy

Anda boleh membelinya di kedai aksesori kereta atau mana-mana kompleks beli-belah dengan harga serendah di bawah RM10 dalam pelbagai jenama. Pilih saja sama ada dalam bentuk lilin (wax), krim, atau cecair. Hati-hati memilih kerana ada penanggal tar dibuat khas untuk warna kereta tertentu (gelap atau cerah).

Mahal tidak semestinya bagus, kerana sesetengah produk itu mahal disebabkan diimport dari luar negara seperti Eropah atau Amerika Syarikat, sedangkan kandungan kimianya sama saja dengan produk tempatan atau Asia lain. Penanggal tar ialah produk yang betul-betul selamat kerana memang dirumuskan khas untuk menanggalkan kotoran degil dan pada masa sama menjaga cat kereta.

2. PENYEMBUR WD40

cuci-kereta-wd40-pandulajudotcomdotmy

Sebenarnya produk ini bukan hanya khas digunakan sebagai agen anti-karat, tetapi boleh juga digunakan untuk melunturkan kotoran tar pada kereta. Cuma sembur pada kotoran, tunggu 30 saat atau 1 minit dan bilas dengan air sabun atau air biasa. Mudah saja bukan?

Produk ini sesuai buat mereka yang malas menyental kotoran dan mahu cepat dapat hasil. Malah, penggunaan WD40 lebih versatil dan tidak terhad untuk kereta sahaja.

3. MINYAK TANAH + SYAMPU / SABUN CUCI PINGGAN

minyak-tanah-carwash-pandulajudotcomdotmy

Ini penyelesaian paling ekonomi. Anda perlu beli minyak tanah (atau kerosen) di mana-mana kedai perkakasan (hardware) dan campurkan dengan air sabun (gunakan syampu atau cucian pinggan mangkuk) dalam nisbah 30 (minyak tanah) :70 (sabun). Kemudian masukkan campuran itu dalam botol penyembur dan semburkan pada kotoran sambil menyental dengan span. Jika tiada botol, boleh saja masukkan dalam bekas botol mineral atau baldi.

Selepas selesai, bilaskan dengan air biasa hingga bersih. Mudah dan murah. Sebotol minyak tanah atau kerosen berharga RM2 – RM3, manakala sabun cuci boleh ambil saja di rumah.


PENATLAH, LAMA NAK CUCI!

Sebenarnya, proses menyental atau mencuci kotoran degil itu tidak sampai 5 minit jika kena tekniknya – asalkan tidak malas. Terus fokuskan kepada kesan kotoran. Air biasa untuk membilas pula cukuplah saja diisi dalam dua bekas botol mineral bersaiz 1.5 liter. Sebotol untuk tepi kanan dan bampar depan, dan sebotol lagi untuk tepi kiri dan bampar belakang.

Selebihnya, serahkan kepada abang Bangladesh kita. Kalau dia masih lagi minta kereta anda dicuci ‘chemical’, terus tunjukkan muka serius dan garang sambil gelengkan kepala dengan tegas. 😑

muka-serius-pandulajudotcomdotmy
“Ada aku cakap nak chemical?”
cara cuci kereta cuci kereta mudah cuci kereta murah cuci kereta selamat kerosen minyak tanah penanggal tar tanggalkan kotoran degil kereta tanggalkan tar WD40
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

By Shazwan Hisam04/11/2025
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.