Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nombor Plat Siri ‘FF’ Kutip RM34.2j, Tertinggi dalam Sejarah!
Auto Terkini

Nombor Plat Siri ‘FF’ Kutip RM34.2j, Tertinggi dalam Sejarah!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize22/05/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NOMBOR pendaftaran kenderaan siri ‘FF’ yang dibuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 14 Mei hingga 19 Mei 2023 berjaya merekodkan jumlah bidaan dan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM34,296,327.

Hasil siri FF ini juga menjadi kutipan paling tinggi sejak bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara atas talian ditawarkan kepada orang awam melalui Sistem JPJeBid bermula 15 April 2019.

Berdasarkan rekod bidaan, FF8 mencatatkan bidaan tertinggi, iaitu RM950,000, manakala FF9 kedua tertinggi (RM911,999), disusuli FF3 (RM639,000), FF2 (RM638,000) dan FF7 (RM633,000).

Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri itu adalah 34,032 orang dan sebanyak 8,348 pembida memenangi nombor pendaftaran masing-masing. Jumlah penglibatan pembida dan pemenang siri FF itu juga merekodkan penyertaan tertinggi sejak aplikasi atas talian JPJeBid dilancarkan.

Lima nombor yang mendapat minat paling tinggi ialah FF199 (34), FF51 (32), dan FF155, FF555 serta FF1688 (masing-masing 29). Loke berkata;

Pembidaan nombor plat melalui aplikasi JPJeBid secara atas talian adalah suatu manifestasi jelas terhadap usaha JPJ menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.”

Menurutnya, JPJ akan terus berusaha meluaskan dan memantapkan perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Orang awam yang belum memiliki akaun JPJeID boleh melakukan pendaftaran akaun pengguna melalui perkhidmatan digital di portal awam MySIKAP JPJ dan aplikasi MyJPJ.

10 TERTINGGI
Digit Jumlah Pembida Harga BidaanTertinggi
FF8 8 RM950,000.00
FF9 18 RM911,999.00
FF3 5 RM639,000.00
FF2 8 RM638,000.00
FF7 9 RM633,000.00
FF88 15 RM510,000.00
FF11 17 RM500,000.00
FF99 28 RM410,000.00
FF66 6 RM350,000.00
FF33 6 RM335,555.00

 

5 NOMBOR PALING BANYAK DIBIDA
Digit Jumlah Pembida Harga Bidaan Tertinggi
FF199 34 RM19,200.00
FF51 32 RM55,510.00
FF155 29 RM21,500.00
FF555 29 RM110,000.00
FF1688 29 RM16,268.00

BACA >>> Mat Rempit Makin Bijak Tunjuk Cara ‘Fly’ Sambil Tutup Nombor Plat
BACA >>> JPJ Pulau Pinang Gegar Kedai Nombor Plat, 'Sekolahkan' Pemilik, Pelanggan

Anthony Loke Siew Fook Bidaan Nombor Pendaftaran FF JPJ Menteri Pengangkutan Malaysia nombor plat
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.