• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nombor Pendaftaran DDP 1 Dibida RM152,999

Nombor Pendaftaran DDP 1 Dibida RM152,999

September 9, 2019 By AO 1 Comment

FacebookTwitter


NOMBOR pendaftaran DDP 1 menjadi nombor paling mahal dibida dengan bidaan tertinggi bernilai RM152,999.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Nik Azhan Ab Hadi berkata, ada empat pihak membuat bidaan terhadap nombor itu, tetapi dimenangi sebuah syarikat.

Menurutnya, selain DDP 1, ada lima lagi nombor pendaftaran yang paling banyak dibida sepanjang lima hari sistem bidaan atas talian itu dibuka membabitkan nombor DDP 9, DDP 55, DDP 88, DDP 27 dan DDP 96.

"Setakat ini, JPJ Kelantan berjaya mengutip lebih RM1.04 juta hasil bidaan bagi siri nombor pendaftaran DDP melalui pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) yang dibuka selama lima hari bermula 30 Ogos hingga 3 Sept lalu.

"Bagi 2019 pula, sebanyak empat siri nombor pendaftaran membabitkan DDL, DDM dan DDN dengan jumlah keseluruhan hasil bidaan berjumlah RM4.3 juta," katanya.

BACA >>> Nombor Pendaftaran AKU8055 (AKUBOSS) Dibida Pada Harga RM74,000

Turut hadir bersama ialah Penolong Pengarah Pendaftaran Kenderaan JPJ Kelantan, Md Apandi Jusoh.

Nik Azhan berkata lagi, sebanyak 1,354 pembida melakukan bidaan untuk nombor pendaftaran DDP berbanding 1,047 pembida bagi nombor siri DDL dan DDM. Sebelum ini JPJ Kelantan turut merekodkan jumlah tertinggi bagi kutipan nombor siri pendaftaran DDD dengan kutipan RM7.3 juta.

"Setiap nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan untuk sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan di pejabat JPJ negeri atau cawangan," katanya.

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, DDP, DDP 1, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, JPJ, JPJ Kelantan, Kelantan, Nik Azhan Ab Hadi, nombor pendaftaran, nombor plat

Comments

  1. PakMatTempey says

    September 9, 2019 at 10:50 AM

    JPJ punya skop kerja sekarang memang kutip duit jer dari jualan no plate ke? Penguatkuasaan mcm mana?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my