• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Nitrinos Predator - Helmet Kustom yang Sah Dipakai Menunggang di Rusia

Nitrinos Predator - Helmet Kustom yang Sah Dipakai Menunggang di Rusia

January 31, 2019 By AI Leave a Comment

973
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FILEM Predator sudah lama ditayangkan di pawagam sejak 1987, dan ramai kalangan penunggang motosikal menghasilkan replika helmet ala makhluk asing itu, sama ada dibikin sendiri atau dibeli terus dari kedai helmet dan aksesori. Tahukah anda helmet Predator buatan Nitrinos dari Rusia ini ialah produk berdaftar dan dipatenkan sejak 2010?

BACA >>> Jarvish X-AR - Helmet Pintar HUD dengan Bantuan Alexa

Malah produk itu kini ditawarkan dalam pelbagai varian, termasuk menggunakan material Kevlar. Cuma kalau dipakai atas jalan raya Malaysia, bersiap sedialah ditahan abang polis dan dilayangkan surat cinta. Itupun kalau nasib tidak baik tetiba termasuk ke dalam laluan roadblock.

Helmet Predator Nitrinos-1
Helmet Predator Nitrinos-2
Helmet Predator Nitrinos-3
Helmet Predator Nitrinos-4

Helmet Nitrinos Predator ini direka mirip topeng Predator dalam filem arahan John McTiernan (1987) dan dijual pada harga selepas tukaran mata wang Rubel ialah RM2,621. Ia dihasilkan daripada banyak lapisan serat kaca dan Kevlar sebagai penguat.

Material wajib ialah rambut pintal ala dreadlock khas Predator sebanyak 22 pintalan, manakala berat helmet sekitar 1.8kg, siap dengan corong pengudaraan dan ciri mudah bukan, quick release untuk visor untuk keselesaan pemakai.

BACA>>>#Videotomotif: Kepala Digilis Lori, Mujurlah Helmet Selamatkan Nyawa

Menariknya, helmet ini boleh dikustomkan, rambut pintal itu boleh disesuaikan mengikut cita rasa pemakai dan dipadankan penutup LED (macam stoking) di hujung selain warna helmet, visor dan material.

nitrinos-predator-helmet-1
nitrinos-predator-helmet-2
nitrinos-predator-helmet-3
nitrinos-predator-helmet-4

SUMBER: Nitrinos

973
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, helmet, Nashville Predators, Nitrinos, Predator, Predator Nitrinos, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
    #ApaNakBuat: 'Fork Seal' Kerap Bocor? Jangan Hantar Bengkel Sebelum Cuba Trik Ini!
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
    Perbandingan: Honda RS-X vs RS150R, Apa Berbeza?
  • Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia
    Mitsubishi Xpander Kekal Raja MPV Bukan Nasional di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my