Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Versa 2026 Dilancarkan di Mexico Bersama Sentra, Almera Menyusul?
Auto Terkini

Nissan Versa 2026 Dilancarkan di Mexico Bersama Sentra, Almera Menyusul?

Abang HirataBy Abang Hirata04/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NISSAN Mexicana memperkenalkan Nissan Versa 2026 dan Nissan Sentra 2026 menerusi acara sulung Esto Es Nissan Reveals di Bandar Mexico.

Kedua-dua sedan ikonik ini merupakan produk kebanggaan kilang Aguascalientes yang telah mencatatkan pengeluaran melebihi 1,000,000 unit dalam tempoh sedekad.

Di pasaran lain, Versa turut dikenali sebagai Almera.

Bagi Nissan Versa, pelancaran ini mengukuhkan lagi statusnya sebagai kenderaan paling laris di Mexico selama sepuluh tahun berturut-turut.

Rekaan Luaran Nissan Versa 2026

Versa 2026 kini tampil dengan rupa luaran lebih menyerlah melalui gril dan rupa depan baharu yang mengikut bahasa reka bentuk global Nissan.

Ia dilengkapi lampu hadapan dan lampu belakang LED dengan fungsi Follow Me Home serta rim aluminium bersaiz 17 inci yang memberikan postur lebih tegap di atas jalan raya.

Bahagian belakang turut diubah dan secara keseluruhan, melainkan bahagian sisi, Versa tampil dengan imej baharu yang benar-benar berbeza daripada dahulu.

Ciri-Ciri Nissan Versa 2026

Ruang dalaman Versa 2026 tampil dengan papan pemuka baharu dan skrin sentuh 12.3 inci yang merupakan antara yang terbesar dalam segmennya.

Sistem ini menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto secara tanpa wayar. Pemandu juga dibantu oleh paparan instrumen digital TFT 7 inci yang boleh dikonfigurasi mengikut keperluan.

Sistem audio pula menggunakan unit premium BOSE 8 pembesar suara dengan teknologi Personal BOSE.

Bagi meningkatkan ergonomik, Nissan telah mereka semula kerusi hadapan dengan tumpuan kepada keselesaan pemanduan bandar dan jarak jauh.

Reka bentuk baharu ini menawarkan sokongan lateral pada penyandar kepala yang lebih baik dan permukaan tempat duduk yang lebih luas.

Model ini turut dilengkapi pengecas tanpa wayar untuk kemudahan pengguna.

Trenkuasa dan ADAS

Dari segi prestasi, Versa dikuasakan oleh enjin HR16DE 1.6 liter yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 120 ps dan tork 149 Nm.

Pilihan transmisi merangkumi manual 5 kelajuan atau Xtronic CVT yang dioptimumkan untuk pecutan lebih lancar.

Bagi aspek keselamatan, ia dilengkapi dengan 12 teknologi bantuan pemanduan (ADAS) yang direka untuk mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya bagi melindungi penumpang dan pengguna jalan raya lain.

Harga dan Varian Nissan Versa 2026

  • Sense Base MT (Flot): $374,900 (RM83,415)

  • Sense MT: $382,900 (RM85,195)

  • Sense CVT: $406,900 (RM90,535)

  • Advance MT: $428,900 (RM95,430)

  • Advance CVT: $439,900 (RM97,878)

  • Exclusive CVT: $470,900 (RM104,775)

Pelancaran Nissan Sentra 2026

Turut membuat kemunculan adalah Nissan Sentra 2026 yang sebelum ini telah pun diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat.

Ciri-Ciri Teknikal Nissan Sentra 2026

Model ini menampilkan reka bentuk luaran baharu dengan gril hitam berkilat dan lampu LED projektor yang meningkatkan tahap penglihatan sehingga 53 peratus.

Ruang kabin kini lebih mewah dengan Monolith Display 12.3 inci berkembar dan sistem pencahayaan ambien 64 warna.

Keselesaan dipertingkatkan melalui kerusi sport dengan teknologi Zero Gravity serta sistem audio BOSE 8 pembesar suara dengan subwufer yang telah ditala semula.

Penggunaan cermin hadapan akustik dan penambahbaikan struktur memastikan suasana kabin yang lebih senyap.

Ciri keselamatan pula merangkumi 17 teknologi bantuan pemanduan termasuk ProPILOT Assist dan Monitor Pandangan Periferi HD.

Trenkuasa, Gantungan dan Harga

Sentra 2026 menggunakan enjin MR20 2.0 liter yang menghamburkan kuasa 147 ps dan tork 196 Nm.

Kuasa disalurkan melalui transmisi CVT generasi kedua yang dilengkapi pam minyak elektrik dan mekanikal untuk respon lebih segera.

Sistem gantungan pula telah ditala semula bagi memberikan serapan hentakan yang lebih baik di atas permukaan jalan tidak rata.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan brek parkir elektrik beserta fungsi Auto Hold.

Harga bagi model ini bermula dari $469,900 (RM104,553) sehingga $569,900 (RM126,803) mengikut spesifikasi varian.

Kredit gambar: Nissan

Nissan Versa 2026 Mexico

Nissan Sentra 2026 Mexico

Nissan Nissan Almera Nissan Sentra Nissan Versa
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Kenderaan Elektrik (EV)

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.