Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Terra Raih Skor 5-Bintang Asean NCAP untuk Kategori SUV Saiz Pertengahan
Auto Terkini

Nissan Terra Raih Skor 5-Bintang Asean NCAP untuk Kategori SUV Saiz Pertengahan

Han OthmanBy Han Othman12/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN Terra lulus cemerlang dalam ujian perlanggaran Asean NCAP bagi kategori kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan untuk pasaran Asia Tenggara dengan meraih skor 83.17 poin, sekali gus layak mendapat rating 5-bintang.

Bagi katehori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), Terra mencatatkan skor 44.70 poin dengan perlindungan ‘Good’ untuk pemandu dan penumpang bagi bahagian kepala, leher dan kaki atas dalam rempuhan ofset depan. Ujian sama memberikan keputusan ‘Adequate’ untuk kaki bawah dan sisi dada, dengan dada pemandu mendapat skor ‘Marginal’

BACA >>> Proton X70 Raih Rating 5-Bintang dalam Ujian Perlanggaran Asean NCAP

Bagi kategori Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP), Terra mendapat skor 20.79 poin, manakala skor Teknologi Bantuan Keselamatan (SAT) ialah 17.69 poin.


Menurut Asean NCAP dalam satu kenyataan, Terra ialah model kelapan Nissan yang menjalani ujian penilaian Asean NCAP. Model SUV ini dilengkapi 6 beg udara sebagai  ciri standard untuk pasaran Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina, manakala beg udara sisi dan tirai ditawarkan sebagai opsyen untuk pasaran beberapa negara.

SPESIFIKASI STANDARD DIPERTINGKAT

Sistem Peringatan Tali Keledar (SRS) untuk penumpang dengan dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) juga menjadi ciri standard semua varian Terra. Bagaimanapun ESC ditawarkan sebagai opsyen di Vietnam dan Filipina. Nissan juga berbangga melengkapkan SUV ini dengan teknologi keselamatan sendiri, dipanggil Cermin Pandang Belakang Pintar (Intelligent Rear View Mirror – IRVM) sebagai ciri opsyen, yang fungsinya sama seperti Teknologi Titik Buta (BST) dan Amaran Tukar Lorong (LDW)

Di bawah Asean NCAP, Terra mendapat skor keseluruhan 83.17 poin dan dianugerahkan rating 5-bintang. Pengerusi Asean NCAP, Dr Siti Zaharah Ishak turut menyatakan ucapan tahniah atas kejayaan Nissan menerusi Terra.

“Tahniah kepada Nissan kerana menghasilkan satu lagi kereta selamat.

“Ini ialah satu lagi impak positif daripada inisiatif NCAP dan kami harap akan ada usaha berterusan daripada semua pengeluar dalam menghasilkan kereta seperti itu untuk rantau Asean dengan prestasi tahan langgar tinggi dan dilengkapkan dengan teknologi elak rempuhan yang mampu menyelamatkan nyawa ramai pengguna,” katanya.

BACA >>> Asean NCAP Uji Pembangunan Teknologi Titik Buta, Bakal Jadi Standard Ujian Baharu

Menurut Siti Zaharah, inisiatif dilakukan Nissan dalam menghasilkan teknologi keselamatan sendiri untuk mengelak perlanggaran dengan pengguna jalan raya lain pasti memberikan kelebihan persaingan kepada pengeluar lain untuk menawarkan ciri keselamatan sama kepada pengguna.

Mari kita saksikan ujian perlanggaran Asean NCAP untuk Nissan Terra.

GALERI

SUMBER: AseanNCAP

ASEAN ASEAN NCAP Auto Terkini Dr Siti Zaharah Ishak Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Terra Roda4 SUV Ujian Perlanggaran Asean NCAP
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

20/06/2026
Auto Terkini

Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

19/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

19/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

By Syafie15/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.