Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Nissan Skyline R34 GTT – Enjin Kekal Tapi Power !!!
Bikin Auto

Nissan Skyline R34 GTT – Enjin Kekal Tapi Power !!!

Abang GYLBy Abang GYL19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Skyline R34 GTT_Modifikasi_Pandulajudotcomdotmy (19)RUANGAN Bikin Kereta kali ini agak menarik di mana Nissan Skyline R34 GTT menjadi pilihan kami. Kenapa menarik? Ya, bukan mudah kita mahu melihat kelibat jentera ini menjalani proses pengubahsuaian apatah lagi berada di jalan raya.

Bukan saja melibatkan perubahan paras rupa,  Nissan Skyline R34 GTT milik Ah Loon ini turut menambahbaik aspek prestasi bagi penghasilan kuasa yang lebih baik.

Modifikasi Nissan Skyline R34 GTTENJIN KEKAL TAPI POWER:

Sebaik membuka bonet hadapan, Ah Loon masih lagi mengekalkan enjin asal RB25 DET Neo bersesaran 2.5L yang sudah menjalani beberapa sentuhan.

Keseluruhan paip sambungan pada enjin digantikan dengan jenis aluminium yang didatangkan dari Jepun. Unit intercooler rekaan kustom pula dipasang bagi memberikan tahap penyejukkan udara lebihselain kehadiran penapis udara Apexi.

Tugas penyejukkan dalam enjin diserahkan kepada radiator aloi Forged Racing. Kelancaran bahan api yang memasuki ruangan kebuk dibantu dengan penggunaan pam Walbro yang disambung terus ke pelaras Sard.

Nissan Skyline R34 GTT
Nissan Skyline R34 GTT
Nissan Skyline R34 GTT
Nissan Skyline R34 GTT

Udara berlebihan dihantar ke ‘throttle body’ dilepaskan menerusi ‘blow-off’ SQV2 yang ditenggekkan pada bahagian paip utama. Kelihatan juga set pengepam brek daripada model GT-R. Kehadiran unit ecu E-Manage Blue Berjaya menghasilkan talaan enijn yang lebih cekap.

Keseluruhan kuasa terhasil seterusnya dihantar ke kotak gear 5-kelajuan  dan tahap kestabilan diperkasakan lagi dengan pemakaian penyerap hentak boleh laras GAB Type B ‘hi low soft hard’.

Bagi memberhentikan jentera yang memiliki kuasa buas ini, sistem brek asal digantikan dengan set brek dari model R34 GT-R pada bahagian hadapan.

DALAMAN:

Ruang dalaman masih kekal seperti asal. Cuma beberapa aksesori seperti meter boost Defi dipasangkan pada bahagian papan pemuka selain pemakaian stereng OMP. Unit hiburan pula menggunakan set lengkap dari Pioneer.

Nissan Skyline R34 GTT_Modifikasi_Pandulajudotcomdotmy (20)LUARAN:

Penampilan luaran turut tampak lebih menyerlah dengan kehadiran kit badan Z-Tune lengkap beserta GT wing. Rim Prodrive bersaiz 18 inci menambahkan lagi keserian pada jentera ini.

Biarpun masih mengekalkan enjin sedia ada, tetapi ia sudah mampu beraksi cemerlang jika dicabar. Pesanan Pandulaju, JANGAN SESEKALI CABAR.

TEKS Peanut          FOTO Khyroll Adzham

Nissan Skyline R34 GTT_Modifikasi_Pandulajudotcomdotmy (16)SPESIFIKASI:

Nissan Skyline R34 GTT

ENJIN ASAL RB25 DET Neo
MODIFIKASI ENJIN Blow-off valve SQV2, air filter Apexi, aluminium piping (Japan), intercooler, fuel regulator Sard, radiator Forged Racing, brake pump R-34 Gtr
ELEKTRONIK E-manage blue
TRANSMISI Manual 5-kelajuan GTT
SUSPENSI GAB type B hi low soft hard
SISTEM BREK Depan GTR R-34, belakang GTT
RODA Rim 18′ Prodrive
DALAMAN Defi boost meter, stereng OMP, Pioneer sound system
LUARAN Bodykit R-34 Z-Tune, GT Wing
BENGKEL Wind Motorsport (Sungai Petani)
PEMILIK Ah Loon

Nissan Skyline R34 GTT
Nissan Skyline R34 GTT
Nissan Skyline R34 GTT
Nissan Skyline R34 GTT
Modifikasi Nissan Skyline R34 GTT
Nissan Skyline R34 GTT
Nissan Skyline R34 GTT
Modifikasi Nissan Skyline R34 GTT Nissan Nissan Skyline R34 GTT Skyline Tuner Wind Motorsport
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Versa 2026 Dilancarkan di Mexico Bersama Sentra, Almera Menyusul?

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda: TailorFit Dari Nissan, Nampak dan Rasa Seperti Kulit Tetapi Bukan!

25/02/2026
Ducati Factory Made
Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made – Program Kustom Terus dari Kilang!

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.