Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Pathfinder ST-L 2025, SUV 8-Penumpang untuk Australia, Harga Mula RM176k
Roda4

Nissan Pathfinder ST-L 2025, SUV 8-Penumpang untuk Australia, Harga Mula RM176k

Abang HirataBy Abang Hirata22/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 2022 lalu, kami pernah memaparkan mengenai Nissan Pathfinder generasi kelima yang dilancar di Timur Tengah.

Menarik tentang kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D ini adalah saiz besar dengan lebar 1,979mm dan panjang 5,021mm. Sebagai perbandingan, saiz Pathfinder lebih besar daripada Proton X90.

Bahagian dalaman menempatkan tiga baris tempat duduk yang boleh memuatkan tujuh hingga lapan penumpang. Rupanya Pathfinder bukan hanya untuk pasaran Amerika Utara, Timur Tengah dan China (berbeza rekabentuk dan trenkuasa), tetapi juga Australia.

Malah, bukan saja generasi kelima, tetapi sebelum itu lagi sudah ditawarkan dalam versi pemanduan sebelah kanan (RHD). Seperkara menarik, sejarah Pathfinder di Australia bermula seawal 1987!

Pasaran tempatan juga menerima Pathfinder generasi pertama, atau nama lainnya Nissan Terrano yang dipasang wakil pengedar kenderaan Nissan di Malaysia Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

Pathfinder generasi kelima dilancar di Australia pada 2022 dan terbaharu Nissan menawarkan varian ST-L, diposisikan bawah Ti dan Ti-L. Berikut fakta menarik tentang SUV versi Australia ini:

  • Tawaran Pathfinder di Australia kini lebih mudah dicapai pelanggan pada harga bawah A$60,000 (RM177,030), atau A$12,000 (RM35,400) lebih murah berbanding model terdahulu.
  • Varian ST-L ditawarkan dalam pilihan dua pacuan, iaitu dua roda (2WD) dan empat roda (4WD).
  • Ini bermakna, walaupun varian asas, pelanggan masih boleh menikmati pacuan 4WD dengan keupayaan merentasi pelbagai rupa bumi Australia.
  • Dari segi rekabentuk, Pathfinder dibikin kemas dan bergaya dengan rekabentuk berkotak dan bersegi, tetapi masih kekal anggun. Bukan saja luaran, papan pemuka juga direka kemas.
  • Sebagai varian asas, Nissan tidak membiarkan ia kosong, tetapi siap dilengkapi lampu utama LED dengan sensor cuaca gelap, Bantuan Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), lampu siang (DRL) dan lampu kabus LED.
  • Turut dilengkapi pintu but kuasa, dan rel bumbung, manakala versi 4WD diberikan ciri 4×4 pintar dengan tujuh mod pandu dan rupa bumi.

  • Ruang kabin dilengkapi unit infotainment TFT skrin sentuh Advanced Drive-Assist 7 inci dengan navigasi 9 inci, paparan dongak (HUD) 10.8 inci dan empat port USB.
  • Kerusi depan ada fungsi pemanas dan penyaman udara tiga zon pada semua kerusi yang boleh memuatkan lapan penumpang.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa Nissan tidak meneruskan ‘Terrano’ atau Pathfinder di pasaran tempatan? Jawapannya mungkin terletak pada enjin besar 3.5L V6 petrol.

Enjin itu dipadan bersama transmisi automatik 9-kelajuan dengan output kuasa 272hp @ 6,400rpm dan tork 340Nm @ 4,800rpm.

Keupayaan tunda hingga 2.7 tan (braked towing) dengan tombol Drive dan mod rupa bumi untuk pilihan mod Standard, Sport, Eco, Snow dan Tow serta tambahan Mud dan Sand untuk versi 4WD.

Teknologi keselamatan  dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) juga lengkap menerusi pakej Nissan Intelligent Mobility seperti berikut:

  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dengan Bantuan Simpang dan Brek Kecemasan (dikalibrasi untuk pejalan kaki dan penunggang basikal).
  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW).
  • Amaran Titik Buta dan Intervensi (IBSM).
  • Amaran Tukar Lorong dan Elak (ALDW).
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA).
  • Kawalan Jelajah Pintar (ACC) dengan pengehad halaju boleh laras.
  • Pengecam Tanda Jalan (TSR) dan Elak Halaju Lampau.
  • Sistem Amaran Kerusi Belakang (ROWS).

Mengenai harga, Nissan Pathfinder ST-L 2WD dijual pada A$59,670 (RM176,040) dan A$64,170 (RM189,310) untuk versi 4WD.

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Nissan Nissan Pathfinder Nissan Pathfinder ST-L Nissan Pathfinder ST-L 2025 Roda4 SUV saiz pertengahan SUV segmen-D
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.