• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan NV350 Urvan Facelift (2018) Kini dengan Gril V-Motion - Harga Bermula RM125k

Nissan NV350 Urvan Facelift (2018) Kini dengan Gril V-Motion - Harga Bermula RM125k

March 16, 2018 By Abang GYL 1 Comment

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Nissan NV350 Urvan facelift
EDARAN Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan Nissan NV350 Urvan facelift versi bumbung tinggi (high roof) dengan penampilan lebih menarik. Van 14 penumpang yang diimport sepenuhnya (CBU) itu kini hadir dengan gril depan signatur V-Motion dengan bampar dinaik taraf.

BACA >>> #Spyshot: Kelibat Nissan Terra Dikesan di Thailand, Malaysia Bakal Menyusul?

Ditambah pula rekaan semula lampu utama halogen boleh laras manual untuk memberikan sudut pandangan lebih baik ketika memandu malam. Begitu juga ruang kabin yang menampilkan stereng rekaan baharu dengan sentuhan moden.

Nissan NV350 Urvan facelift

HARGA

  • Nissan NV350 Urvan (Individu) - RM125,000
  • Nissan NV350 Urvan (Syarikat) - RM125,200

JAMINAN

  • 5 tahun atau 150,000km (mana-mana tiba dahulu)

ENJIN 2.5L

Aspek mekanikal, Nissan NV350 Urvan facelift (2018) dijana enjin 2.5L pengecas turbo YD25DDTi dengan bantuan kotak gear manual 5-kelajuan, manakala tahap penggunaan bahan api sekitar 8.7 liter per 100km berdasarkan Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).

Lebih menarik, van ini turut diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).
Harga Nissan NV350 Urvan facelift

CIRI-CIRI MENARIK

  • Pengehad Kelajuan (ECE R89: Peranti Pengehad Kelajuan) untuk memastikan had kelajuan 100kmj
  • Penutup Bahan Api dengan Kunci
  • Sistem Bantuan Brek (BA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Lampu Henti pada kedudukan tinggi dan kunci keselamatan
  • Binaan Badan Zon aka Zone Body Construction NISSAN - memaksimumkan perlindungan penumpang jika berlaku kemalangan

BACA >>> 5 Fakta Pantas Tentang Nissan X-Trail X-Tremer, Baru Lancar di Malaysia

180
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: enjin nissan NV350, Harga Nissan NV350 Urvan facelift, Nissan NV350 Urvan facelift, Nissan NV350 Urvan facelift Malaysia, van baru nissan, van nissan baru

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!
    WMoto F-15 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.9k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my