Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Note e-POWER Nismo S dengan Teknologi Canggih Paduan Enjin Elektrik, Petrol
Roda4

Nissan Note e-POWER Nismo S dengan Teknologi Canggih Paduan Enjin Elektrik, Petrol

Abang HirataBy Abang Hirata26/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM persaingan kereta segmen A dan B, ada satu jenama popular tertinggal – Nissan. Jenama ini tiada masalah kekurangan model, cuma tidak ditawarkan di pasaran tempatan. Ini memang satu misteri kerana pelbagai jenama sama ada tempatan dan luar sedang sibuk berebut pasaran besar segmen itu.

Jika Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mahu turut bersaing dalam pasaran ini, model Nissan Note dilihat sebagai jawapan sesuai. Di Jepun, Nissan baru saja melancarkan varian baharu Note yang serba canggih dan ranggi pada 25 September lalu.

Note e-POWER Nismo S ialah varian dengan spesifikasi lebih tinggi berbanding Note e-POWER Nismo yang dilancarkan hujung 2016. Dari segi penambahbaikan, struktur dan suspensi kedua-dua model sama saja, cuma varian baharu itu diberikan talaan baharu untuk inverter dan modul kawalan kenderaan selain penambahan output elektrikal.

Hasilnya, kuasa dan tujahan bertambah 25 peratus berbanding Note e-Power Nismo.

Nismo menala model itu menjadi lebih sedap dipandu menerusi sistem pemanduan e-POWER, iaitu teknologi yang menggabungkan motor elektrik dan enjin petrol. Kereta dengan e-POWER digerakkan motor elektrik yang dikuasakan enjin petrol dengan tugas sebagai generator.

Teknologi itu, dipanggil ‘range extender’, tidak memerlukan pengecasan seperti kereta elektrik hibrid plug-in (PHEV), cukup hanya mengisi minyak pada enjin biasa.

PALING LARIS DI JEPUN

Seperkara lain menarik tentang Note ialah model itu paling laris di Jepun sepanjang 6 bulan pertama 2018 (tidak termasuk kenderaan mini). Dengan penawaran terbaharu itu, pengguna Jepun tidak perlu bimbang dengan rekabentuk standard Note, malah Nismo siap membuat talaan semula supaya lebih agresif dan ranggi.

Note e-POWER Nismo S dilengkapi komponen spesial luar dan dalam seperti emblem NISMO S, lampu LED, suspensi, pedal, ekzos, modul kawalan kenderaan (VCM), meter, kerusi sport, tayar Yokohama DNA S.drive dan rim aloi 16 inci dan stereng kuasa.

Lebih menarik lagi, kelihatan unit pandu uji Note dikesan di lebuh raya NKVE. Adakah ETCM sedang menguji model itu? Berita menarikkan?

BACA >>> Nissan Lancar ‘Warisan Nismo’ untuk Hasilkan Semula Alat Ganti Kereta Ikonik

GALERI
hatchback Nismo Nissan Nissan NISMO Nissan Note Nissan Note e-POWER NISMO S Roda4 Segmen B
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.