Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Navara Patah Dua – Pemilik Britain Berang Nissan Buat Tidak Peduli
Auto Terkini

Nissan Navara Patah Dua – Pemilik Britain Berang Nissan Buat Tidak Peduli

Han OthmanBy Han Othman19/04/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

navara-patah-dua-bg
RAMAI pemilik Nissan Navara di Britain menggesa supaya pengeluar automobil dari Jepun itu memanggil balik model tersebut berikutan kerosakan besar yang menyaksikan trak pikap itu patah dua. Kekecohan bermula apabila beberapa pemilik Navara mengadu mengesan masalah karat teruk yang menyebabkan keretakan pada casis kereta sambil mengecam tindakan Nissan yang didakwa sengaja menutup mata mengenai isu tersebut.

Malah, masalah sama turut menimpa Pathfinder R51, trak pikap famili versi Navara dengan 7-tempat duduk. Nissan dikatakan sudah mengetahui masalah berkenaan sejak setahun lalu, tetapi sengaja berdiam diri dan tidak mengambil langkah proaktif untuk bertindak.

NISSAN DIGESA PANGGIL BALIK

Sementera itu, ahli Parlimen Britain daripada Parti Konservatif, Huw Merriman merancang mengajukan permasalahan tersebut dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Pemilihan Pengangkutan (TSC).

Bagi menenteramkan orang awam, Nissan akan dinasihatkan supaya memanggil semula semua kenderaan yang terjejas.

Jika seperti diperkatakan mereka cuma melibatkan impak jumlah yang kecil, ia sepatutnya tidak menelan kos tinggi dalam memastikan kenderaan itu benar-benar selamat di atas jalan.”

– Ahli Parlimen Britain, Huw Merriman

Seorang lagi ahli Parlimen Konservatif, Iain Stewart turut menegaskan akan menggesa Nissan supaya berhubung terus dengan pemilik kenderaan yang terjejas dan mengambil serius tentang kerosakan yang berlaku.

Bagaimanapun, masalah tersebut cuma dihadapi oleh pemilik Navara di Britain dan tiada kena mengena dengan pemilik di Malaysia. Jadi, pemilik Navara di Malaysia boleh terus tenang memandu dan jangan stres!

SUMBER: TheSun 

Auto Terkini Nissan Nissan Navara Nissan Navara di Britain patah dua Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026

1 Comment

  1. Amran on 07/02/2017 14:23

    Nasib baik pakai Viva & kancil.. belum lagi berkarat macam tu sekali..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.