Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Magnite Kuro Afrika Selatan, 1.0 Turbo Manual dan CVT, Daripada 80 Ribu
Auto Terkini

Nissan Magnite Kuro Afrika Selatan, 1.0 Turbo Manual dan CVT, Daripada 80 Ribu

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NISSAN mempunyai idea tersendiri dalam menonjolkan Edisi Hitam (Black Edition) dengan menamakannya sebagai Kuro yang bermaksud hitam di dalam bahasa Jepun.

Kuro Edition boleh didapati di banyak pasaran seperti Almera yang dilancarkan di dalam negara sebelum ini.

Terbaru Nissan memperkenal Magnite Kuro di Afrika Selatan. Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kecil (bawah empat meter) yang tiada di pasaran tempatan tetapi di negara jiran seperti Indonesia dan Brunei.

Walaupun menonjolkan banyak perkakasan hitam seperti rel bumbung, jeriji, pembuka pintu, pendakap bawah bampar, pendakap sisi, rim 16 inci dan dalaman gelap namun bukannya semuanya serba hitam.

Pelanggan boleh memesan warna badan lain seperti putih, perak dan merah.

Sama seperti varian lain, Magnite Kuro digerakkan enjin 1.0 liter turbo tiga silinder yang menghasilkan 99 kuasa kuda (hp) pada 5,000 rpm.

Pelanggan di Afrika Selatan ditawarkan dua pilihan kotak gear iaitu manual lima kelajuan atau Xtronic CVT. Daya kilas kedua-duanya berbeza dengan model manual menghasilkan 160Nm dari 2,800 hingga 3,600 rpm.

Model CVT pula menghasilkan 152Nm juga dengan julat putaran enjin berbeza iaitu dari 2,200 sehingga 4,400 rpm.

Bukan setakat daya kilas, kelajuan maksimum Magnite Kuro manual lebih laju iaitu 173 kilometer sejam (kmj) berbanding 168 kmj pada Magnite CVT.

Lagi perbezaan ialah kadar penggunaan petrol (gabungan) iaitu 5.3 liter per km (l/km) bagi model manual berbanding 6.0 liter untuk CVT.

Bahagian dalam dilengkapi pengecas tanpa wayar, skrin TFT Advanced Drive-Assist Display saiz 7 inci, skrin 8 inci dengan fungsi monitor pandangan sekeliling, sambungan Bluetooth, Wifi serta Apple Carplay dan Android Auto.

Dari segi keselamatan, Magnite Kuro mempunyai dua beg udara dan sejumlah sistem berikut:

  • Kawalan Penstabilan Elektronik (ESP).
  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).
  • Bantuan Mula Mendaki (HSA).
  • Pembahagian Brek Elektronik (EBD).
  • Bantuan Brek Hidraulik (HBA).
  • Brek Anti Kunci (ABS).
  • Sistem Pengawasan Tekanan Tayar.

Berkenaan harga, Magnite Kuro manual dijual daripada ZAR323,200 (RM80,510) dan ZAR351,800 (RM87,635) untuk Magnite Kuro CVT.

Kredit foto: Nissan

Nissan Nissan Magnite Nissan Magnite Kuro
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.