Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Frontier Pro, Frontier Pro PHEV 2026 Rasmi Lancar di China, Harga Mula RM99.2k
Roda4

Nissan Frontier Pro, Frontier Pro PHEV 2026 Rasmi Lancar di China, Harga Mula RM99.2k

Abang HirataBy Abang Hirata02/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Frontier Pro PHEV

NISSAN Motor Co Ltd menerusi usahasama dengan Zhengzhou Nissan Automobile Co Ltd (Zhengzhou Nissan) di China, secara rasmi melancarkan trak pikap serba baharu, Nissan Frontier Pro 2026 dan Nissan Frontier Pro PHEV 2026.

Nissan Frontier Pro PHEV ialah trak pikap pertama Nissan yang dilengkapi sistem hibrid plug-in (PHEV) dan kedua-dua model itu ialah trak pikap Nissan pertama yang direka, dibangunkan dan dikilangkan di China untuk tujuan eksport ke pasaran global.

Rekabentuk Luaran

Nissan Frontier Pro PHEV 2026
Nissan Frontier Pro PHEV – China
Nissan Frontier Pro PHEV 2026

Nissan Frontier Pro menampilkan rekabentuk yang menggabungkan ciri khas Nissan dengan elemen futuristik, selain menawarkan keselesaan dan pengalaman premium dalam kabin.

Menampilkan rekaan gril depan V-motion, yang menjadi identiti khas Nissan dengan logo apung buatan laser dan lampu depan LED yang menyerlahkan imej futuristik.

Bahagian belakang diserlahkan dengan lampu belakang 3D dan jalur pencahayaan yang merentangi pintu belakang untuk penampilan menonjol.

Kabin Premium, Keselesaan

Nissan Frontier Pro PHEV 2026
Nissan Frontier Pro PHEV 2026

Tempat duduk depan kulit dengan kusyen ventilasi udara enam lapisan untuk keselesaan pemanduan jarak jauh lebih baik. Penggunaan material sued diperhalusi yang selesa disentuh dan tahan lelasan, termasuk calar.

Tempat duduk belakang luas dengan tujuh konfigurasi berbeza, yang menawarkan kapasiti simpanan hingga 970 liter apabila dilipat rata.

Kabin dipertingkat dengan bahan penebat bunyi dan peredam getaran, serta dilengkapi bumbung suria panoramik besar dan sistem audio taraf dunia.

Struktur Badan, Keselamatan

Nissan Frontier Pro PHEV

Aspek keselamatan dan ketahanan Nissan Frontier Pro 2026 diperkukuh melalui struktur badan kukuh dan ciri bantuan pemandu komprehensif.

Berikut perincian struktur, dan keselamatan ditawarkan trak pikap Nissan itu:

  • Kestabilan pemanduan mantap atas permukaan jalan lasak yang dicapai melalui penggunaan keluli kekuatan tinggi pada badan dan casis
  • Ketahanan luaran menggunakan 100 peratus keluli galvani dua sisi
  • Bahagian bawah badan disalut untuk perlindungan maksimum daripada batu kerikil dan serpihan
  • Ciri keselamatan dilengkapi 25 ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) komprehensif pasif dan aktif bagi mencegah kemalangan dan melindungi penumpang

Prestasi Enjin

Nissan Frontier Pro

Nissan Frontier Pro PHEV menggabungkan enjin 4-silinder 1.5L pengecas turbo dengan motor elektrik kuasa tinggi yang menghasilkan output kuasa 300kW (lebih 402hp) dan tork hingga 800Nm, sekli gus menjanjikan prestasi dan kecekapan tenaga terbaik.

Mod EV disasarkan untuk mencapai jarak maksimum 135km berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).
Bekalan kuasa luaran dibekalkan dengan bekalan kuasa luaran pintar kapasiti tinggi 6kW untuk menyokong pelbagai keperluan luar seperti memasak, pencahayaan atau menghidupkan peralatan elektrik.

Frontier Pro versi ICE pula menggunakan enjin diesel M9T 2.3L generasi ketiga dengan output tork hingga 500Nm, dan dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan ZF.

Harga Jualan

Harga jualan ditetapkan untuk pasaran China:

  • Nissan Frontier Pro – 169,900 – 199,900 yuan (sekitar RM99,230 – RM116,800)
  • Nissan Frontier Pro PHEV – 189.900 – 249,900 yuan (sekitar RM110,990 – RM146,040)

Pasaran Dunia!

Pelancaran model itu menandakan pencapaian penting dalam strategi global Nissan, yang mana Nissan Frontier Pro 2026 dan Nissan Frontier Pro PHEV 2026 akan mula dieksport ke seluruh dunia menjelang separuh pertama tahun depan.

Pasaran mana belum diketahui dan berdasarkan Thailand sebagai pusat global trak pikap saiz sederhana, mungkin atau berpotensi dibawa ke sana.

Nissan Frontier Pro PHEV 2026
Nissan Frontier Pro PHEV 2026
Nissan Frontier Pro PHEV – China
Nissan Frontier Pro PHEV 2026
Nissan Frontier Pro PHEV 2026
Nissan Frontier Pro PHEV 2026
Nissan Frontier Pro PHEV 2026
Nissan Frontier Pro PHEV 2026
Nissan Frontier Pro PHEV 2026
Nissan Frontier Pro 2026
Nissan Frontier Pro 2026
Nissan Frontier Pro
Nissan Frontier Pro 2026
Nissan Frontier Pro 2026
Nissan Frontier Pro 2026
Nissan nissan frontier Nissan Frontier Pro Nissan Frontier Pro 2026 Nissan Frontier Pro PHEV Nissan Frontier Pro PHEV 2026 Roda4 Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Roda4

    Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    13/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Audi RS 3 Competition Limited 2026
    Roda4

    Audi RS 3 Competition Limited 2026 – Model Edisi Terhad Rai 50 Tahun Enjin 5-Silinder

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.