Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Elgrand 2026 Serba Baharu Lancar 29 Oktober Ini di JMS 2025!
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Serba Baharu Lancar 29 Oktober Ini di JMS 2025!

Abang HirataBy Abang Hirata13/10/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Nissan Elgrand 2026 bakal lancar hujung Oktober ini.

NISSAN mengumumkan barisan kenderaan dan teknologi dinamik yang merangkumi visi masa depan yang lebih pintar dan mampan di Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 penghujung Oktober 2025.

Model baharu itu bakal memacu pengukuhan semula jenama Nissan di pasaran Jepun. JMS 2025 akan menonjolkan komitmen Nissan terhadap elektrifikasi, pengurusan tenaga, dan penyelesaian mobiliti berpusatkan pelanggan, selaras strategi Re:Nissan.

Pelbagai model ikonik dan kenderaan elektrik (EV) terkini daripada portfolio global akan dipamerkan.

Debut Global: Nissan Elgrand Serba Baharu (Generasi Keempat)

Nissan Elgrand 2026 bakal lancar hujung Oktober ini.
Nissan Elgrand 2026 bakal lancar hujung Oktober ini.

Pada 29 Oktober ini, Nissan akan melancarkan secara rasmi Nissan Elgrand 2026 generasi keempat.

  • Pendedahan Awal: Nissan sudah mendedahkan sebahagian rekabentuk Elgrand baharu pada acara NISSAN START AGAIN 2025 pada 22 April tahun ini di Yokohama.
  • Sejarah Model: Nissan Elgrand generasi pertama (dilancarkan pada 1997) ialah perintis pasaran minivan premium di Jepun, yang terkenal dengan gaya menarik, tempat duduk selesa untuk pemanduan jauh dan prestasi pemanduan cemerlang.
  • Trenkuasa: Dikuasakan teknologi e-POWER generasi ketiga terkini Nissan. Sistem hibrid itu menampilkan:
    • Enjin 1.5L yang baru dibangunkan, khusus untuk penjanaan kuasa
    • Sistem ringan 5-dalam-1 modular lima komponen (termasuk motor dan inverter), sekali gus mencapai peningkatan signifikan dalam kesenyapan dan kecekapan bahan api
  • Jadual Pelancaran: Elgrand baharu dijadualkan debut penuh 29 Oktober ini, dan tiba di Jepun pada tahun fiskal 2026.
  • Ciri Utama: Menampilkan rekabentuk lebih mewah dan berwibawa (commanding design), ciri keselamatan termaju dan keselesaan dipertingkat, sekali gus menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu sesuai untuk keluarga yang sentiasa bergerak.

Nissan Ariya: Crossover EV

Nissan Ariya 2026 facelift
Nissan Ariya 2026 facelift

Turut membuat debut 29 Oktober ini ialah crossover EV Nissan Ariya yang dipertingkat. Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu direka untuk dilancarkan di Jepun lewat tahun fiskal ini.

  • Peningkatan Ciri: Menawarkan penampilan diperhalusi
  • Teknologi: Dilengkapi sistem infotainmen berkuasa Google dan fungsi V2L
  • Pemanduan: Menerima naik taraf suspensi yang ditala khusus untuk kesesuaian jalan raya Jepun

Nissan LEAF Generasi Baharu dan EV Spesifik Serantau

Nissan LEAF serba baharu
Nissan LEAF serba baharu

Komitmen Nissan terhadap elektrifikasi diteruskan menerusi pameran Nissan LEAF serba baharu dan disokong pilihan EV global lain:

  • N7 Sedan: EV laris sejak dilancarkan di China April tahun ini.
  • Micra: Dibangunkan untuk pasaran Eropah dan diumumkan Mei tahun ini.
Nissan Micra
Nissan N7

N7 dan Micra ialah EV inovatif yang dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi strategik untuk memenuhi keperluan unik setiap rantau.

Model Pameran

Selain debut utama, pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai model penting, seperti barisan kenderaan dikemas kini untuk pasaran domestik Jepun:

Nissan Roox
Nissan Patrol
Nissan X-Trail Rock Creek
  • Roox serba baharu dan SUV Patrol (sebelum ini dikenali sebagai Nissan Armada di sesetengah pasaran global)
  • Skyline 400R Limited Edition 2026, X-Trail dikemas kini (versi Rock Creek) dan Fairlady Z prestasi tinggi.

Inovasi Mobiliti dan Tenaga

  • Formula E: Kereta Formula E Nissan yang memenangi kejuaraan pemandu Musim 11 (2024/2025) akan dipamerkan untuk menonjolkan inovasi teknologi perlumbaan
  • Nissan Energy: Zon interaktif yang mempamerkan solusi tenaga pintar seperti sistem V2H dan V2L, yang membantu mengurangkan kebergantungan kepada grid kuasa.
  • Mobiliti Autonomi: Prototaip perkhidmatan mobiliti autonomi berdasarkan minivan Nissan Serena akan diperkenalkan. Program rintis itu bermula November di Yokohama untuk menangani cabaran pengangkutan populasi warga emas.
Nissan Elgrand 2026
Nissan Elgrand 2026 bakal lancar hujung Oktober ini.
Nissan Elgrand 2026 bakal lancar hujung Oktober ini.
Nissan Ariya 2026
Nissan Ariya 2026 facelift
Nissan Ariya 2026 facelift
Model-Model Lain
Nissan Micra
Nissan Roox
Nissna Fairlady Z
Nissan N7
Nissan X-Trail Rock Creek
Kenderaan mobiliti autonomi Nissan Serena
Nissan Patrol
Nissan Patrol
Auto Terkini Japan Mobility Show (JMS) 2025 JMS 2025 Nissan Nissan Elgrand Pameran Auto Pameran Mobiliti Jepun (JMS) 2025 Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Kenderaan terbiar Shah Alam
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang kuasa PBT adalah terhad kecuali.. – KPKT

27/02/2026
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

27/02/2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 Dikemas Kini Dengan Sepuluh Naik Taraf

27/02/2026
Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.