• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Armada NISMO 2026 - Besar dan Sporty, Gabungan Rekabentuk dan Fungsi

Nissan Armada NISMO 2026 - Besar dan Sporty, Gabungan Rekabentuk dan Fungsi

July 25, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

NISSAN Armada NISMO 2026 diperkenal pada Jun lalu. Kenderaan utiliti sukan (SUV) body-on-frame seberat 2,767 kilogram ini telah direka semula dengan teliti untuk menawarkan keseimbangan sempurna antara bentuk dan fungsi, menjadikannya sesuai untuk jalan raya berliku.

Di Timur Tengah, model ini dikenali sebagai Nissan Patrol NISMO. Warisan sukan permotoran legenda Nissan menjadi asas bagi pereka bentuk untuk menerapkan prestasi dan ketepatan pada Armada NISMO.

 

Mitsunori Morita, Ketua Reka Bentuk NISMO, menjelaskan pendekatan mereka,

"Semua model NISMO dilengkapi teknologi perlumbaan yang diasah di litar. Dengan pendekatan reka bentuk saintifik, kami telah mencipta kecantikan fungsional."

Reka Bentuk Luaran yang Menyerlah dan Aerodinamik

Armada NISMO 2026 menonjol dengan reka bentuk luaran yang berbeza daripada varian Armada lain. Perubahan utama termasuk fascia hadapan dan belakang yang gah dan unik, ambang sisi, dan roda.

Penampilan sporty ini bukan sekadar estetik semata-mata, kerana banyak perubahan direka untuk meningkatkan prestasi.

Morita menjelaskan kesan aerodinamik,

"Reka bentuk aerodinamik NISMO meningkatkan daya mendap dan penyejukan tanpa menjejaskan pekali seretan secara negatif.

Chin spoiler di bawah bampar mengawal aliran udara di bawah kenderaan secara optimum. Side air splitter dan  tirai udara mencipta aliran udara yang pantas dan lancar di sisi badan, menghasilkan daya mendap dengan menyedut udara keluar dari ruang roda."

Di bahagian hadapan, gril baharu yang besar membantu menyalurkan udara ke enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar. Enjin ini menghasilkan 460 kuasa kuda (hp), peningkatan 35 hp berbanding varian lain.

Fascia hadapan turut menampilkan saluran yang diarahkan ke brek untuk penyejukan yang lebih baik. Brek cakera besar dilengkapi dengan kaliper merah eksklusif NISMO dan ditempatkan di belakang roda tempa RAYS 22-inci, yang 23% lebih ringan daripada roda model standard.

Di bahagian belakang, aspek aerodinamik diteruskan dengan spoiler, side air splitter dan air diffuser.

Morita mengesahkan peningkatan prestasi aerodinamik, dengan menyatakan,

"Komponen ini meningkatkan kawasan tekanan negatif di bahagian bawah kenderaan dan meningkatkan daya mendap sambil mengurangkan seretan."

Turut menarik pada bahagian luar, aksen merah menyerlahkan mesej prestasi tinggi, terutamanya apabila digandingkan dengan cat Stealth Gray eksklusif NISMO, yang merupakan salah satu daripada empat pilihan warna yang ditawarkan.

Di bawah hud, penutup enjin merah dan plak peringatan NISMO menyerlahkan penalaan khas yang dilakukan oleh pekerja Takumi yang mahir di kilang Nissan di Jepun.

Ruang Dalaman yang Berinspirasikan Perlumbaan

Tumpuan pada prestasi turut dibawa ke dalam kabin, di mana setiap perincian mengimbangi kesukanan dan keselesaan. Pereka bentuk Nissan menghiasi ruang dalaman dengan bahan dan ciri unik NISMO.

Tempat duduk dihiasi kemasan merah dan mengingatkan akar sporty Armada NISMO. Tempat duduk ini menggabungkan bentuk dan fungsi, dilengkapi dengan fabrik Ultrasuede tidak licin dan bolster sisi pneumatik yang boleh dilaras.

Aksen merah dan kelabu diguna dengan meluas, gabungan uni NISMO ini boleh digunakan pada papan pemuka, konsol tengah, corong udara, dan stereng, yang menampilkan jalur tengah merah yang diinspirasikan daripada perlumbaan.

Di sebalik stereng pula terdapat tolok unik NISMO. Butiran dalaman lain termasuk pedal aluminium dan pencahayaan ambien pelbagai warna.

Pasaran Amerika Syarikat

Patrol NISMO melengkapkan penawaran Armada yang menampilkan enam varian, termasuk PRO-4X untuk off-road dan Platinum Reserve yang ultra-mewah.

SUV NISMO ini dijangka tersedia untuk pasaran A.S pada musim luruh atau di antara bulan September hingga November 2025.

Kredit gambar: Nissan

Armada NISMO 2026.02
Armada NISMO 2026.03
Armada NISMO 2026.04
Armada NISMO 2026.05
Armada NISMO 2026.06
Armada NISMO 2026.07
Armada NISMO 2026.08
Armada NISMO 2026.09
Armada NISMO 2026.10
Armada NISMO 2026.11
Armada NISMO 2026.12
Armada NISMO 2026.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Nissan, Nissan Armada, Nissan Armada NISMO, Nissan Patrol, Nissan Patrol NISMO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
    BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev