Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nilai Bidaan BMW Z8 (2000) Milik Mendiang Steve Jobs Cecah RM1.34 Juta!
Auto Terkini

Nilai Bidaan BMW Z8 (2000) Milik Mendiang Steve Jobs Cecah RM1.34 Juta!

Han OthmanBy Han Othman18/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBUAH kereta sport BMW miliki pengasas dan bekas Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Apple, mendiang Steve Jobs dijual dalam acara khas RM Sothebys’s  Icons di New York City pada harga AS$329,500 (RM1.34 juta), berkali ganda lebih mahal daripada nilai pasaran asal model tersebut.jauh

Model konvertibel, Z8 (2000) dimiliki Jobs pada 2000 hingga 2003 ketika dia masih sedang membangunkan jenama Apple dan iPod baru dilancarkan. Model 2-pintu berwarna perak itu berada dalam kondisi cukup baik bagi sebuah kereta yang sudah bergerak sejauh 25,266km dan siap dilengkapkan telefon flip Motorola StarTAC yang khas diciptakan untuk model BMW itu.

Harga Z8 (2000) dalam kondisi baharu adalah sekitar AS$130,000 (RM530,006), manakala nilai lelongan model tersebut tanpa ciri teknologi berharga antara AS$150,000 (RM611,545) dan AS$250,000 (RM1.01 juta).

CUMA HARGA BIASA-BIASA

Walaupun premium, harga dibayar untuk kereta Jobs itu cuma biasa-biasa jika mahu dibandingkan dengan kereta lain pada acara tersebut.

BACA >>> Ferrari F2001 Schumacher Dilelong RM31 Juta! Pecah Rekod Kereta F1 Paling Mahal Dunia

Antaranya ialah kereta lumba Jaguar C-Type (1952) yang bernilai AS$5,285,000 (RM21.5 juta) dan Ferrari 250 GT LWB California Spyder Competizione (1959) oleh Scaglietti dengan badan aluminium yang cuma 8 unit dihasilkan dan dijual pada harga AS$17,990,000 (RM73.4 juta), sekali gus menjadi antara 20 model kereta paling mahal pernah dijual dalam lelongan berkenaan.

Antara model lain dijual bersama pelbagai kereta bernilai jutaan dolar itu adalah sebuah trak ikonik, Lamborghini LM002 ‘Rambo Lambo’ (1990), pada harga AS$467,000 (RM1.9 juta). Uniknya, kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama buatan Lamborghini itu dijual pada minggu sama pengeluar kereta mewah dari Itali itu memperkenalkan SUV keduanya, Urus, berharga AS$200,000 (RM816,093). Ibarat Proton Saga kotak dijual lebih mahal berbanding Saga baharu.

Tidak dilupakan juga sebuah Volkswagen microbus, Deluxe (1960) dengan 23-tingkap yang dijual pada harga RM207,200 (RM845,472). Wow, siapa cakap beli kereta pelaburan susut nilai? 😉

SUMBER: Fox News

Apple Auto Terkini BMW BMW Z8 BMW Z8 (2000) lelong RM Sothebys's Roda4 Steve Jobs
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.