Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nik Nazmi: Kerajaan Sedia Teliti Bawa Masuk Kereta Elektrik Bawah RM100k
Auto Terkini

Nik Nazmi: Kerajaan Sedia Teliti Bawa Masuk Kereta Elektrik Bawah RM100k

Han OthmanBy Han Othman14/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN akan meneliti usaha membawa masuk lebih banyak kenderaan elektrik (EV) mampu milik yang bernilai kurang RM100,000 ke pasaran tempatan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kebanyakan EV sekarang berharga lebih RM100,000, jadi untuk majoriti besar rakyat Malaysia, harga tersebut adalah di luar kemampuan.

Antara faktor penting, sekarang Proton akan bawa masuk kenderaan Geely dalam masa terdekat tetapi itu dari luar negara. Jika kita dapat pasang kenderaan itu di Malaysia mungkin akan membantu kita menawarkan EV (dengan kos) lebih rendah,” katanya.

BACA >>> #Bajet2023: Gentari Sedia 500 Stesen Cas Menjelang 2024, TNB Labur RM165j untuk Fasiliti EV

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Stesen Pengecasan EV Bangi Golf Resort dan penyerahan lesen pengagihan awam sistem pengecas EV daripada Suruhanjaya Tenaga di Bangi, hari ini.

Mengenai majlis pelancaran dan penyerahan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga itu, Nik Nazmi berkata, ia proses supaya pemasangan stesen pengecas berada dalam keadaan selamat dan dikawal selia.

Ini kerana industri ini sedang berkembang. Jadi kita hendak pastikan ada peraturan dan piawaian yang dapat dicapai syarikat yang memberi kemudahan pengecas. Kita tahu bahawa jika kita tidak scale up stesen pengecasan ini, ia tidak akan menyokong pengembangan kenderaan elektrik.

“Kita juga berharap dengan adanya standard ini mampu memberi keyakinan kepada orang ramai untuk beli EV,” katanya.

Menurutnya lagi, pengembangan industri EV di dalam negara juga adalah sebahagian usaha Kerajaan mencapai masa depan rendah karbon. Apabila ditanya mengenai insentif kepada rakyat untuk pemilikan EV, Nik Nazmi berkata, pihaknya akan melihat bagaimana Belanjawan 2023 atau Belanjawan 2024 dapat ditambah baik untuk insentif berkenaan.

Beliau juga menyatakan akan melihat pendekatan Kerajaan dalam memainkan peranan menerusi kerjasama pengeluar automotif untuk membawa lebih banyak EV mampu milik ke pasaran tempatan.

BACA >>> Canggih, Volvo Cars Uji Stesen Cas Kereta Elektrik Wayarles!
BACA >>> Stesen Cas EV Masih Tak Cukup, Kurang 1,000 Unit Seluruh Negara

SUMBER: Bernama

Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Menteri Sumber Asli Nik Nazmi Nik Ahmad
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.