• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Naza N5R Kini Tampil Lebih Sporty- Harga RM13,888 Seunit

Naza N5R Kini Tampil Lebih Sporty- Harga RM13,888 Seunit

September 1, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Naza N5RMENGIMBAS kembali, Naza N5 pernah membuat kemunculan di pasaran Malaysia pada pertengahan 2014. Kini selepas dua tahun, Naza Bike kembali memperkenalkan Naza N5R dengan penampilan lebih bergaya dan segar.

Sedia maklum, motosikal naked itu ada kait rapat dengan model dari Korea Selatan, Hyosung EXIV 250 dan ia bukan perkara asing kerana rata-rata model Hyosung di pasaran Malaysia memakai label Naza atas dasar persefahaman dan perjanjian sesama syarikat.

Yang pasti kehadiran Naza N5R akan memeriahkan lagi segmen motosikal entri dalam kategori 250cc.

2 VARIAN

Naza N5R ditawarkan dalam dua varian iaitu Standard dan SE (special Edition). Harga jualan bermula RM13,888. Beza antara kedua-dua varian adalah dari segi kosmetik dan enjin masih kekal sama.

HARGA: (Tidak termasuk GST)

  • Naza N5R Standard - RM13,888
  • Naza N5R SE - RM15,388

CKD SHAH ALAM

Sama seperti model terdahulu, Naza N5R dipasang sepenuhnya dari Kilang Naza Bikes, Shah Alam.

Naza N5R

PRESTASI

Dari aspek prestasi, Naza N5R masih menggunakan enjin sama seperti model N5 sedia ada. Ia dipadankan dengan enjin bersesaran 249cc silinder tunggal yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 28ps pada 9,500rpm dan tork puncak 24.17Nm (7,000rpm). Ia juga dibantu dengan transmisi 6-kelajuan.

Naza N5RFAIRING PENUH

Dengan menyasarkan pengguna berumur 18 hingga 45 tahun, Naza N5R kini hadir dengan fairing penuh. Ia juga menempatkan dua lampu utama selain kehadiran casis True Sport berprestasi tinggi.

Lebih menyeronokkan, Naza N5R menawarkan dua mod tunggangan iaitu Sistem EZ-suit yang mrmbolehkan penunggang melaras kedudukan seperti tempat duduk, bar pemegang dan tempat letak kaki.

Bagi tunggangan super sport, kerusi dinaikkan sebanyak 20mm dan bar pemegang turun 30mm. Kedudukan pemijak kaki pula dianjak belakang sebanyak 30mm.

Manakala mod tunggangan street sport pula memfokuskan kepada tunggangan harian yang membolehkan kerusi diturunkan 20mm, bar pemagang naik 30mm serta kedudukan pemijak kaki didepankan sebanyak 30mm.

Bagi anda yang mahu lihat dengan lebih dekat, boleh hadir ke Naza Group Merdeka Auto Fair 2016 di Naza Automall, Petaling Jaya hingga hujung minggu ini. Pelbagai promosi dan aktiviti menarik menanti anda.

Naza N5R
Naza N5R
Naza N5R
Naza N5R
Naza N5R
107
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Motor, Naked, Naza Bikes, Naza Group Merdeka Auto Fair 2016, Naza N5, Naza N5R

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my